Apa jadi kalau kita tak sah kan kad dalam PayPal akaun?
- Kita tidak dibenarkan membuat apa2 transaksi melalui PayPal. Daftar saja PayPal,tapi tidak dapat guna.No point :(
Cara untuk dapatkan 4 Digit PayPal code sangat senang.
Pertama : Login ke dalam Akaun PayPal anda.
Kedua : Pergi ke ruangan "Bank accounts and cards" (Rujuk gambar dibawah)
Ketiga : Klik di tempat yang bertulis ''Visa" atau kad yang telah anda masukkan dalam PayPal.
Selepas anda masuk ke ruangan kad tersebut,ada di ruang bawah tertulis " Confirm a card " ( Klu tak silap ,Maaf saya terlupa nak screenshot part tersebut . My bad :(
Klu dah jumpa perkataan " Confirm " tu,klik jer..
P/s : Anda akan dicaj RM10 untuk confirm kan kad . One time fee.
Untuk request 4 digit PayPal code ini,biasa nya akan mengambil masa sedikit,maybe sehari dua mcm tu.
Tapi,mcm saya,saya gunakan Debit kad Maybank,Cepat dapat 4 Digit PayPal code.
Klik jer confirm pada PayPal,dalam masa tak sampai seminit,terus dapat SMS (Rujuk gambar dibawah).Maybe sekarang dh cepat,canggih kan.Semua dh pantas.Kalau x silap,tahun 2008 dulu memang lambat,nak cepat boleh.Kena call Customer service provider kad kita tu.Dulu saya guna Public Bank kad.
Nampak tak number 5105 tu.. Itu lah 4 Digit PayPal code.Dah dapat number tu,terus masukkan pada ruang PayPal akaun anda.Maaf,part ini pun saya lupa screenshot.Tapi jgn risau,serius ia tak susah pun sebenarnya.
Contoh email yang akan diterima selepas anda me request 4 Digit PayPal code (Rujuk gambar dibawah)
Selepas kad anda telah confirm / disahkan,baru lah anda boleh membuat apa2 transaksi melalui PayPal.
Bagi yang belum daftar akaun PayPal,anda tidak boleh ikut tutorial ini.
Kena daftar PayPal dulu,baru boleh request 4 Digit PayPal Code.
Mahu cuba shopping online menggunakan PayPal,boleh belajar cara buka akaun PayPal edisi 2017 disini.
Saya berharap dengan perkongsian yang tidak seberapa ini ,ada juga lah anda dapat input-input yang berguna.
Boleh campakkan segala komen,cadangan,kritikan di ruang komen yang tersedia dibawah.Salam hormat.Terima kasih.
0 Comment to "(KEMASKINI) Cara Dapatkan 4 Digit PayPal Code Terkini 2018"
Post a Comment