Monday, September 11, 2017

Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Internet Di Zaman Gawat


Tahun 2015 sehingga sekarang boleh dianggap tahun yang sangat mencabar.Kita menyaksikan ekonomi negara jatuh merudum.Antara yang paling ketara yang kita boleh lihat ialah kesan pelaksanaan cukai GST 6%.Kesan dari itu,banyak perniagaan yang gulung tikar kerana kuasa membeli berkurangan.Bila sudah perniagaan gulung tikar atau pun mengalami kerugian,sudah tentu pemilik/pengusaha akan cuba mencari jalan keluar bagi menangani masalah yang di hadapi mereka.

Antara langkah yang mereka ambil ialah memberhentikan pekerja sebagai satu langkah mengurangkan kos operasi perniagaan mereka.Akibat dari situ,mereka sudah tiada punca pendapatan.Dah lah kena buang kerja,ekonomi teruk dengan nilai ringgit yang sangat rendah berbanding nilai mata wang asing.Banyak lagi akibatnya,tapi saya tak nak cerita panjang lah kan.Nanti orang akan 'claim' saya ni macam penulis politik. :)

Di tengah2 kesempitan ekonomi pasca ini,ramai yang merancang untuk mencari pendapatan sampingan.Seiring dengan perkembangan teknologi era ini,ideal yang paling bagus untuk menambah pendapatan ialah perniagaan atas talian (perniagaan internet) atau lebih sedap disebut bisnes online.




Perniagaan internet bukan lah satu perkara asing di Malaysia sebenarnya.Telah wujud dah lama juga lah.

Ramai yang dah memulakan perniagaan internet dan telah ramai yang menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet sahaja.

Ya,jutawan.Contoh,Irfan Khairi.Beliau merupakan jutawan hasil dari perniagaan internet.Beliau merupakan role model bagi peniaga online di Malaysia ini.Kalau pergi kursus / seminar kejayaan perniagaan internet,mesti nama beliau akan disebut-sebut.

Kenapa Mesti Perniagaan Internet ?

Saya bermula dunia online pada tahun 2007,pada masa itu saya bukan menjadi penjual pun.Saya menjadi pembeli.Saya mula berjinak2 membeli di Ebay pada masa itu.

Pada masa itu,ramai yang skeptikal tentang perniagaan internet.Ramai yang tak yakin,sehingga masa saya beritahu ingin membeli barang secara online,rakan2 bertanya,boleh sampai ke barang,tak takut kena tipu ke,sama tak barang yang akan sampai nanti.

Risau juga saya masa itu.Tetapi saya tetap ingin cuba.Kalau tak cuba sampai bila2 pun tak tahu kan.

Dipendekkan cerita,barang saya selamat sampai.Dan terbukti membeli secara online ini selamat JIKA mengikut panduan yang betul.

Bermula tahun 2009,saya berjinak2 dalam perniagaan internet sehingga lah sekarang.Dulu guna blog,mudah.my.Lepas itu,baru guna Facebook.



Kalau orang tanya saya apa kepentingan / keistimewaan & kenapa mesti perniagaan internet?


Jawapan saya memang penting JIKA anda nak grow dalam perniagaan.Kuasa internet ini amat luas.Pasaran & demand terhadap produk atau servis kita sangat tinggi jika berlandaskan kaedah yang betul.

Cuba bayangkan,contoh kedai kita di KL,tetapi pelanggan kita seluruh Malaysia.Dan yang paling best,seluruh dunia.Siapa lah yang tak nak perniagaan mereka terkenal dan mendapat demand tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perniagaan Internet satu pilihan yang tepat,kenapa?

  • Kos percuma untuk bina laman web (Blogspot)
  • Kurang risiko dari segi kos
  • Capaian pelanggan lebih luas
  • TRAFIK yang tak terbatas Suspek-->Prospek-->Pelanggan
  • Mudah diuruskan
  • TIADA sewa kedai fizikal (Boleh jimat ribuan ringgit)
  • Boleh target pelanggan bagaimana kita mahukan - Demografik
  • Senang dapat pelanggan
  • Boleh kembangkan bisnes sehingga ke peringkat antarabangsa

Apa Itu TRAFIK? Dimana Sumber TRAFIK Banyak & Targeted?

Bagi yang masih blur2,terhuyung hayang apa itu Trafik yang dimaksudkan,meh saya nak ceritakan.

Ia dalam bahasa mudah ialah bilangan pengunjung atau pelawat pada suatu website.

Cari website yang memiliki bilangan pelawat yang tinggi,disitu lah port baik untuk menjual.Sebab Trafik disitu tinggi.

So, untuk pastikan bisnes anda mendapat banyak respond, prospek, sales dan sebagainya. Anda mesti tahu kat mana nak dapatkan trafik yang banyak ataupun, website mana yang menerima trafik yang banyak.


Facebook merupakan sumber TRAFIK yang tinggi ? Facebook lubuk duit ?



Facebook bukan lah nama asing lagi di Malaysia bah kan ia sangat popular di seluruh dunia.Boleh dikatakan hampir semua orang ada memiliki akaun Facebook.Setuju?

Contoh,makcik2 pakcik2 di kampung saya pun ada Facebook.Apa yang mereka buat dengan Facebook itu,saya tak pasti lah kan. :)

FAKTA : Lebih 18 juta pengguna aktif Facebook di Malaysia

Sumber : Sinar Harian



Terkini 2017,lihat pada gambar diatas,pengguna aktif Facebook di Malaysia sudah melebihi 20 juta.Kebanyakan dari mereka ini berumur diantara 25-34 tahun.Golongan ini merupakan yang telah bekerja,mempunyai akaun bank sendiri dan seterusnya memiliki kuasa membeli yang kuat.Jadi,golongan ini lah yang kita mahu sasarkan.

Lihat lah betapa luasnya market di Malaysia dikalangan pengguna Facebook.Jika anda TEMBAK pada sasaran yang TEPAT,anda pasti akan beroleh $$$$$

So,macam mana nak tembak tepat tu? Follow blog ini,saya akan tulis kemudian.Reveal ilmu FREE sikit demi sikit. ;)

Betul ke Facebook sumber TRAFIK yang tinggi
?
Betul ke Facebook ni ramai orang masuk ?

Baik,saya akan tunjukkan apa website mat saleh ni cakap.Website Alexa ni akan tunjukkan TOP SITES di Malaysia.



Lihat,Facebook pun mengatasi mudah.my

So,sekarang kita dah tahu di mana lubuk duit.Dimana port lepak yang biasa orang pergi. Di situ lah kita akan tembak mereka2 ini.

So,jika anda mahu mempromosikan produk anda dan mendapat respond & juga sales,anda wajib iklankan produk anda di website-website yang TOP ini..

Kerana,TRAFIK yang tinggi.

Kalau tak,anda akan rugi dan pesaing anda akan 'Makan' anda.

Cadangan saya : Anda juga boleh gabungkan jualan anda di mudah.my . Mudah + Facebook = Lagi Mantop

Jika anda ada kedai,anda cuba jual di sana.Boleh letakkan alamat kedai anda,ini pun boleh membantu.Pelanggan yang berhampiran akan tahu kewujudan bisnes anda disitu.Mana2 pelanggan yang masih skeptikal tentang bisnes online,takut nak beli online.Mereka boleh walk-in ke kedai anda terus.

Baik,berbalik kepada Facebook tadi,dah tahu kan di mana port TRAFIK yang tinggi kan?

Tetapi bagaimana cara untuk memulakan bisnes di Facebook?

Bersambung,saya akan tulis lagi jika ada kesempatan masa.Doakan saya agar diberi kekuatan untuk terus menulis.

Sekian.Terima kasih.

Salam hormat :)






Share this

0 Comment to "Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Internet Di Zaman Gawat"

Post a Comment