Sunday, September 3, 2017

5 Strategi Pemasaran Facebook Yang Anda Perlu Tahu



Sejak pelancaran Facebook pada tahun 2004, jumlah ahli telah berkembang pesat, Mark Zuckerberg, CEO Facebook, mengumumkan pada bulan Januari 2010 bahawa Facebook telah memperoleh 400 juta pengguna.

Semua orang di Facebook sekarang (namakan seseorang yang anda tahu tidak ada akaun Facebook). Orang ramai begitu meminati Facebook. Berdasarkan satu kajian baru-baru ini, lebih daripada 5 bilion minit dibelanjakan untuk Facebook setiap hari di seluruh dunia!

Jadi, sebagai pemasar, apakah maknanya hasil kajian ini kepada anda? Ini bermakna, anda boleh mendapat manfaat daripada fenomena dalam online terkini ini dan mempunyai perniagaan yang mencapai berjuta-juta potensi pelanggan di seluruh dunia!

Walau bagaimanapun, jika anda ingin ke platform rangkaian sosial dengan berkesan, untuk mengembangkan perniagaan anda, anda perlu melengkapkan diri anda dengan strategi pemasaran yang betul.


Dalam artikel ini, saya akan berkongsi 5 strategi pemasaran Facebook yang anda perlu tahu (jika anda mahu gunakan laman rangkaian sosial ini bagi mengembangkan perniagaan anda dengan berkesan).

1. Tetapkan target anda


Pastikan apa yang anda ingin capai daripada pemasaran Facebook adalah jelas, adakah anda ingin:



· Meningkatkan kesedaran terhadap jenama/ perniagaan anda?

· Menyediakan saluran lain buat pelanggan anda untuk mendekati perniagaan anda? (bagi perkhidmatan pelanggan)

· Membina mailing list kepada bakal pelanggan?

· Menjual produk/ perkhidmatan?



Anda perlu jelas tentang matlamat anda - kerja yang anda perlu lakukan untuk mencapai sesebuah matlamat (yang telah ditetapkan anda) adalah berbeza.



2. Berhubung dengan orang yang anda gemar



Jika anda baru sahaja mendaftar di Facebook, perkara pertama yang anda perlu lakukan, adalah untuk berhubung dengan orang-orang yang mempunyai minat yang sama dengan anda (atau orang-orang yang berminat dalam bidang anda).


Apa yang anda boleh lakukan dahulu adalah berinterkasi dengan pihak yang mempunyai kredibiliti dalam bidang anda.

Setelah itu, anda perlu ”add” beberapa orang yang sudah berhubung dengan mereka juga. Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan bahawa anda tidak cuba untuk menambah orang yang terlalu banyak dalam satu hari (jika tidak anda mungkin akan digelar sebagai spammer di Facebook!)



Sebagai alternatif, anda juga boleh menyertai Facebook fanpage atau group (yang berkaitan dengan bidang anda) dan berhubung dengan ahli di laman dan kumpulan ini.



3. Jadi aktif



Facebook adalah satu platform rangkaian sosial. Oleh itu, jika anda mahu mendapatkan hasil yang maksimum dari itu, anda perlu menjadi aktif.


Cara yang paling mudah untuk menjadi aktif di Facebook adalah dengan menghantar komen pada "kawan" (terutamanya jika mereka bertanya soalan mengenai bidang anda, membantu mereka dengan memberikan jawapan atau nasihat - mereka akan menghargainya), mengucapkan selamat hari jadi pada hari lahir mereka, dll.

Anda juga mahu melakukan perkongsian di Facebook - Di mana anda boleh berkongsi beberapa tips atau nasihat dalam niche(bidang) anda, produk / perkhidmatan yang anda fikrkan atau sesuatu yang peribadi (seperti apa yang anda lakukan sejak akhir-akhir ini).



4. Kongsi tip/nasihat



Jika anda ingin orang untuk mengenali anda sebagai seseorang yang mereka boleh dapatkan bantuan jika mempunyai masalah (dalam niche anda), maka anda perlu menunjukkan kepada mereka bahawa anda tahu barangan anda.



Apa yang anda boleh lakukan ialah sesekali hantar beberapa tips, nasihat, dan maklumat. Jika apa yang anda mahu kongsikan terdiri daripada beberapa perenggan, apa yang anda boleh lakukan ialah, anda boleh meletakkan seluruh kandungan dalam laman web anda, dalam perkongsian Facebook anda, anda boleh memberikan ringkasan bagi kandungan tersebut. Sediakan pautan ke laman web anda untuk memudahkan mereka yang mahu membaca seluruh kandungan - ini juga akan membolehkan anda untuk meningkatkan “traffic” ke laman web anda (jika perkongsian anda menarik, besar kemungkinan mereka akan membaca benda lain yang ada pada laman web anda).



Selain berkongsi maklumat anda, anda juga boleh berkongsi maklumat lain yang anda jumpa di dalam laman web yang lain (ini akan memberi manfaat kepada orang yang baru dalam akaun Facebook anda).



5. Mulakan Facebook group.


Anda boleh membuat kumpulan Facebook dan membina sebuah kumpulan yang mempunyai minat yang sama seperti yang anda (dalam niche yang anda berada).


Apa yang boleh dilakukan dalam komuniti adalah untuk menggalakkan ahli-ahli kumpulan anda untuk menyertai secara aktif dalam forum (tetapi sebelum anda memberitahu mereka, anda perlu pastikan anda mengambil bahagian secara aktif juga ) walaupun dengan perkongsian maklumat, tips, dan nasihat, atau membantu masalah ahli-ahlinya.


Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa anda perlu menubuhkan sebuah kumpulan Facebook - Sebabnya ialah, dengan kumpulan-kumpulan Facebook, anda mempunyai kuasa untuk menghantar e-mel kepada semua ahli anda - Sama seperti bagaimana anda menghantar e-mel kepada pelanggan dengan menggunakan perkhidmatan autoresponder.






Tags : Facebook Marketing , Pemasaran Facebook , Fb Ads

Share this

0 Comment to "5 Strategi Pemasaran Facebook Yang Anda Perlu Tahu"

Post a Comment