Wednesday, December 19, 2018

Lokman Mahu DS Najib Diangkat Sebagai Ketua Umum UMNO


SUMBER FB Lokman Noor Bin Adam

SUDAH TIBA MASANYA UMNO MEMBAWA MASUK DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI KETUA UMUM

Oleh : Lokman Noor bin Adam
18hb Disember, 2018

Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bercuti dan menyerahkan tugas-tugas Presiden UMNO untuk dijalankan oleh Datuk Seri Utama Mohamad Hassan amat mendukacitakan. Ini satu kemenangan besar kepada Tun Mahathir yang telah berusaha sedaya upaya bagi memastikan kekalahan Datuk Seri Zahid dalam pemilihan UMNO dan menggunakan pelbagai pihak dalam UMNO untuk memberikan tekanan kepada Datuk Seri Zahid agar bercuti sebagai Presiden.

Ahli UMNO bukanlah sebodoh seperti yang Tun Mahathir sangka. Lagi banyak seseorang itu didakwa oleh musuh parti, lagi yakin kami kepada pemimpin-pemimpin kami itu. Zaman Law of The Jungle ini, mereka yang bersalah selamat dari sebarang bentuk hukuman, manakala mereka yang tidak bersalah dengan mudah dipalit dengan pendakwaan walaupun belum selesai siasatan. Lebih menyedihkan, banyak pemimpin-pemimpin UMNO yang Bobrok membiarkan diri mereka dipergunakan oleh Tun Mahathir, walaupun SPRM menggunakan perkataan “kita dakwa Zahid dahulu dan kita siasat kemudian”.

Dalam situasi kritikal begini, UMNO perlu khidmat seorang pemimpin yang berpengalaman dan dihormati oleh Ahli-Ahli Parlimen BN yang masih belum melompat dan yang telah melompat. Atas dasar itu, selaku Ahli Mahlis Kerja Tertinggi UMNO saya mencadangkan agar YB Datuk Seri Presiden UMNO, melantik YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Ketua Umum UMNO dan Ketua Pembangkang, sementara Dato’ Sri Presiden UMNO bercuti. Perlantikan ini sangat penting bagi memastikan kestabilan UMNO memandangkan lebih dari separuh ahli UMNO yang telah mengundi YB Datuk Seri Presiden sudah pasti tidak boleh menerima kepimpinan Timbalan Presiden yang sekalipun tidak pernah mempertahankan Presiden ketika beliau diserang oleh pihak yang mahu beliau bercuti.

Saya mohon sokongan, pihak-pihak yang bersetuju dengan cadangan saya ini untuk membuat kenyataan yang sama seberapa segera yang boleh. Terima kasih.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Saturday, December 15, 2018

Akaun Youtube Untuk Dilepaskan / Youtube Acc To Take Over




Untuk Pertanyaan : Email alyanmedia@gmail.com

Any Inquiries : Email alyanmedia@gmail.com 


Saturday, December 1, 2018

Lebih 22 JUTA Dana Tabung Haji Diguna Untuk Politik?


Apa nak jadi ni,Susah2 Pakcik Makcik di kampung simpan duit kat Tabung Haji Demi untuk tunaikan Haji,rupa-rupanya Ahli Politik dengan sesuka hati gunakan Duit Tabung Haji Untuk Kepentingan POLITIK mereka... Ini ZALIM !!!

Yang lebih Malang,Mereka2 ini semuanya Beragama Islam..


SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan dana lebih RM22 juta digunakan untuk tujuan politik pada tahun lalu.

Difahamkan perkara ini timbul hasil siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik Julai 2018 terhadap transaksi lalu.



Dalam satu kenyataan, TH berkata pemegang amanah Program Yayasan Tabung Haji (YTH) ketika itu termasuk bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail.

Sehubungan itu, TH telah membuat laporan polis hari ini.


"Laporan pertama melibatkan YTH 2017 di mana dana lebih RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.

"Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selain Azeez dan Ismee dua lagi individu turut bertindak sebagai pemegang amanah YTH iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan dan Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar.

Menurut kenyataan itu, TH telah menyumbang RM7 juta kepada YTH yang ditubuhkan tahun 2016 untuk bantuan kemanusiaan dan golongan kurang berkemampuan serta miskin itu.

TH turut membuat laporan polis berhubung penjualan saham pada tahun 2012.

"Ini berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan salam TH sebanyak 95 peratus salam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikat, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta.

"Laporan dibuat ke atas Ismee, Penasihat Undang-undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah, Rifina Md Ariff," katanya






Tuesday, November 27, 2018

Anggota Bomba Parah Di Serang Perusuh Di Kuil Seafield


Sumber SarawakVoice | 

SELANGOR: Seorang anggota bomba patah tulang rusuk dan mengalami paru-paru berdarah selepas diserang perusuh di Kuil Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, yang bergegas ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi.





Kejadian ini berlaku pada hari kedua rusuhan di kuil berkenaan, yang dikatakan berpunca daripada urusan untuk memindahkan kuil.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun kini masih lemah dan dirawat di wad Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Subang Jaya.



Dari Admin : Semoga Mangsa, Muhammad Adib cepat sembuh & sentiasa berada di bawah lindunganNya.Amin.

Sunday, November 25, 2018

Madinah Mengaku Yang Najib Sendiri Arah Pinda Laporan Audit 1MDB?



Laporan MK | Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho, pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan audit 1MDB, kata Ketua Audit Negara Madinah Mohamad.

Ia termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan 1MDB bagi 2014 yang diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Madinah berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry Salleh dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang.



"Bekas perdana menteri telah mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014, dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Pada 23 Februari (keesokannya), dalam mesyuarat di pejabat ketua setiausaha negara yang dihadiri Ali, Shukry dan Ambrin, pasukan audit 1MDB dimaklumkan kerajaan telah mengkategorikan laporan akhir itu sebagai satu krisis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita penuh disini




Anwar Ini Rabun Dekat Atau Tuli Badak? Soal Nasrudin Hassan

ULASAN | Anwar Ibrahim menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

Saya kira Anwar telah alami “rabun dekat” atau “tuli badak” bila gagal mengambil maklum peranan alim ulama khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

Barangkali pemikirannya juga mudah dieksploit oleh fitnah sebahagian media sehingga menelan segala pembohongan dan putar belit fakta.

Apakah beliau mahu pimpinan PAS yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai MP mereka dalam parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?

Saya juga sambil-sambil melilit serban besar ini, terfikir beberapa soalan untuk Anwar Ibrahim.

Di mana suara lantang beliau ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an? Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?



Anwar menyertai Umno pada tahun 29 Mac 1982. Kemudian, beliau bertanding dan memenangi PRU di Permatang Pauh dan akhirnya dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1982.

Walaupun beliau seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981?


Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)? Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?

Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988? Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex?




Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?

Beliau selesa menjawat satu persatu jawatan daripada timbalan menteri di JPM (1982), kemudian menteri kebudayaan, belia dan sukan (1983), menteri pertanian (1983), menteri pendidikan (1986), menteri kewangan (1991) sehingga dilantik menjadi timbalan perdana menteri (1993).

Setelah dipecat daripada kerajaan dan Umnno, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir pada waktu itu.

Sebelum memenangi PRU Ke-14, Pakatan Harapan berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir. Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang?

Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu.

Kalau rumah kita berdinding kaca, jangan melontar batu ke rumah orang.

NASRUDIN HASSAN - Pemimpin Kanan PAS

Saturday, November 24, 2018

Pemimpin UMNO Tapah Nafi Ugut,Sekat SETPOL Menteri JPM Waytha



Setelah satu video yang tular di media sosial,Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Tapah menafikan dirinya mengugut dan mengancam SETPOL Menteri JPM Waytha.

Dia memberitahu tidak mengeluarkan kata2 ancaman terhadap SETPOL Waytha,P Muniandy.



Dalam kejadian tersebut,Ahli JawatanKuasa Bahagian tersebut iaitu Syed Afzarizal Syed Salim menegaskan beliau memberi kerjasama penuh terhadap pihak keselamatan & memberitahu motifnya bukan untuk membuat provokasi sebaliknya hanya bertujuan menyerahkan surat bantahan yang ditulis dari hati sanubari beliau sendiri.



Sunday, November 18, 2018

Amaran Keras Zahid,Protes Mega Jika Kerajaan Degil Iktiraf ICERD [Video]


Jika sebelum ini TG Hj Hadi memberi amaran keras semasa berucap di Parlimen berkenaan Isu ICERD.

Kali ini giliran Zahid pula memberi amaran supaya kerajaan memberi petunjuk jelas menolak sebarang usaha memeterai ICERD. 

Dalam ucapannya yang berapi,Zahid merayu agar PAS melupakan segala permusuhan lampau, lalu bergabung dengan UMNO demi bangsa dan Agama.

Dalam ucapan nya di Kampung Gajah malam tadi,Zahid turut mengaitkan TUN M (yang Zahid bahasakan ATOK dalam ucapan nya) sebagai punca permusuhan antara UMNO dan PAS.

"Selama 61 tahun Umno memerintah, 22 tahun adalah di bawah kepimpinan beliau.

"Dia ajar kami membenci PAS, dia ajar kami membenci DAP tapi sekarang mereka sedang bercium mulut sesama sendiri," katanya yang jelas merujuk kepada Tun Mahathir.




PAS & UMNO Memang Pernah Bersama - TG Hj Hadi Awang



"Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Dr Burhanuddin al-Helmi, masing-masing merupakan bekas Presiden Umno dan PAS, pernah berkongsi pentas di Melaka bagi menuntut kemerdekaan" - Presiden PAS TG Hj Hadi Awang.

Dalam ucapannya pada Himpunan Perpaduan Ummah semalam,Hj Hadi meyatakan bahawa UMNO dan PAS telah banyak bekerjasama sebelum ini atas beberapa isu.

Menurut laporan F.M.T | Pemimpin tertinggi PAS dan UMNO bersetuju untuk mengadakan perhimpunan bersama bagi membantah rancangan kerajaan mahu meratifikasi satu konvensyen antarabangsa mengenai penamatan diskriminasi kaum.

Keputusan itu diumumkan dalam satu program di Pasir Salak malam tadi yang dihadiri kedua-dua presiden parti itu, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita nak buat perhimpunan aman. Rakyat majoriti berhak bersuara,” kata Hadi kepada lebih 30,000 ahli PAS dan Umno, seperti dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily.


KAITAN MALAYSIA DENGAN ICERD


Malaysia merupakan antara sebilangan kecil negara yang tidak menandatangani atau meratifikasi triti tersebut.

Triti itu menyediakan mekanisme kepada individu di seluruh dunia membuat aduan tentang, antara lain, isu diskriminasi kaum dan boleh dikuatkuasakan ke atas negara anggota.

Secara khusus, ia menghendaki negara anggota menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum, termasuk dalam institusi awam dan dasar kerajaan – isu yang menjadi teras bantahan kumpulan orang Melayu.

Zahid dalam ucapannya malam tadi memberi AMARAN KERAS kepada Kerajaan bahawa Protes besar-besaran akan dianjurkan diseluruh negara jika kerajaan masih tidak memberi petunjuk jelas untuk MENOLAK ICERD.

Saturday, November 17, 2018

Zahid Hamidi Sudah Jangka Keputusan Mahkamah Untuk PRK DUN Rantau?



Sumber dari FB Page Zahid Hamidi | Beliau sudah menjangkakan bahawa keputusan Mahkamah tidak berpihak kepada ToK Mat Hasan.Kenapa sudah jangka?Sebab mereka tahu ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka semasa PRU 14 lalu.

Zahid turut mengerahkan seluruh jentera BN UMNO digerakkan demi mempertahankan kerusi DUN Rantau,biarpun berdepan dengan banyak halangan dan kekangan.

Tambah Zahid,UMNO akan mencalonkan semula Tok Mat Hasan sebagai Calon PRK Dun Rantau.

Menurut Laporan Sinar Harian 17/11/2018 | Ketua Wanita UMNO Noraini Ahmad yakin bahawa Tok Mat akan berjaya mempertahankan kerusi bagi DUN Rantau kerana ToK Mat mempunyai rekod yang cemerlang semasa mentadbir Negeri Sembilan.



Katanya, kecemerlangan Mohamad diakui sendiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

“Mohamad merupakan calon yang berwibawa dan berkaliber untuk mengekalkan kerusi Dun Rantau dalam PRK yang bakal diadakan. Sejak mula bertanding di kerusi Rantau pada 2004, Mohamad telah menunjukkan rekod cemerlang.

Kenapa PAS Beri AMARAN Keras | Isu ICERD

PARLIMEN 13/11/2018 | Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapanya semasa membahas BAJET 2019 memberi amaran keras terhadap Kerajaan Pakatan Harapan agar jangan mengiktiraf ICERD.

Berikut adalah antara intipati perbahasan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


"PAS memberi amaran yang sekeras-kerasnya, jangan menyalahgunakan Parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan. Ketahuilah bahawa mudah sahaja bagi PAS untuk mengerahkan berjuta rakyat di jalan raya, sekiranya Parlimen ini disalahgunakan untuk mengiktiraf agenda ICERD yang tidak adil terhadap Islam dan rakyat Bumiputera.*

Sepatutnya ICERD dihadapkan ke arah Israel dan Myanmar yang melaksanakan kekejaman terhadap rakyat yang berbeza agama dan bangsa di negara mereka. Bukan diterimaa di negara Malaysia yang telah wujudbya penerimaan masyarakat majmuk. Jangan lagi diganggu sehingga melampaui batas yang ada terkini.

Jangan dilanggar lampu merah yang sedang bernyala. Jangan bersikap laksana diberi betis mahukan peha."




Bagi Yg Memperkecilkan Mahasiswa Menuntut Janji PTPTN,Ini AMARAN Lokman Adam

 Laporan | Lokman Adam memberi amaran kepada pengkritik supaya jumlah Mahasiswa yang turun menuntut janji berkaitan PTPTN yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan.

"Bagi saya mereka ditabik kerana mereka adalah yang paling berani dikalangan 32 Juta rakyat Malaysia dikala ramai yang masih takut dengan Diktator Zalim bernama Mahathir" ~ Ujar Lokman dalam FB Page beliau.


Laporan HarakahDaily 14/11/2018 | 

Satu demonstrasi jalanan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menunaikan janji manifesto memansuhkan PTPTN.


Tindakan ini diadakan atas rasa tidak puas hati kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto PH.



Tuesday, July 17, 2018

Dewan Rakyat 2018 Riuh Rendah Dengan Sindiran YDP Tuanku Agong

17/07/2018 - Dalam sejarah Negara,YDP Agong secara spontan berseloroh semasa istiadat pembukaan dewan rakyat 2018.

Dewan menjadi riuh rendah dengan gelak tawa Ahli-Ahli Parlimen apabila YDP Agong meminta semua Ahli Parlimen duduk & jangan lari.

Ianya dipercayai ada kaitan dengan insiden keluar dewan beramai-ramai oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang (BN & PAS) kecuali KJ & Anifah yang stay & steady dalam dewan.


#VIRAL #SILADUDUKJANGANLARI

Memandangkan insiden ini telah menjadi VIRAL,maka banyak lah Komen-Komen menarik dari Netizen.Antaranya :-






Punch Line Terbaik Hari Ini = Sila Duduk Jangan Lari

Cara Paling Mudah Buka Daftar Akaun SHOPEE 2018 Tutorial Step By Step


Hari ini kita ada masa FREE sikit,So nak ajar lah kat korang macam mana nak buka akaun Shopee.

Senang jer,pastikan korang dah download & Install Apps Shopee terlebih dahulu yer..


Klik 'SIGN UP' 

Lagi Senang,Sign Up dengan No fon.

Tunggu Verification Code (Akan dihantar ke no fon),Masukkan Code,
dan Klik CONTINUE


Masukkan USERNAME pilihan korang,Password pun sekali,
lepas itu,Klik CONTINUE


Ok,dah BERJAYA !! Akaun Shopee Sudah berjaya didaftarkan.


Senang saja kan? Ok..Jangan Lupa Subscribe & Share Post ini supaya Ramai lagi yg dapat merasai pengalaman menarik ber shopping di Shopee :)


Untuk post/artikel berkaitan Shopee,boleh lihat pautan dibawah.


CARA MEMBUAT PEMBELIAN DI SHOPEE.TUTORIAL KLIK DISINI.







Tuesday, January 30, 2018

Facebook Fb Page 44K Prospek Targeted Untuk Dijual (SOLD OUT)







Demografik Fb Page 44K Prospek






Page ini menjual barangan aksesori lelaki,Likers/Followers Ramai Lelaki danWanita.Boleh rujuk gambar demografik seperti diatas.

Hampir 50% dari likers berumur dari 25-34 tahun,mereka ini berlokasi di bandar besar Kuala Lumpur.

Apa yang menarik,Likers dari page saya ini dari golongan bekerja dan status pendidikan lepas U dan kolej.Maknanya apa?Maknanya,mereka ini mempunyai kuasa membeli yang kuat.Golongan ini ada yang bujang,in relationship,dan sudah berkahwin.

Likers dari page saya ini adalah Real Like,bukan Bot.Ianya hasil dari iklan Fb Ads.Untuk pengetahuan anda semua,Fb biasanya akan mengenakan Caj 50sen - 80sen (kadang2 tu ada cecah RM1) untuk satu like.Fb Ads memang ada function untuk tambah Like page.Cuba login ke Fb profile -->Pilih Create Adverts -->>
Engagement -->> Page Likes

Sekarang ini,saya ingin membuka peluang pada usahawan-usahawan online untuk
memiliki sebuah Fb page yang betul2 targeted,mempunyai prospek2 yang
berpotensi tinggi utk membeli.Prospek yang sememangnya lapar dan akan membeli dgn rela hati tanpa paksaan.

=====================================
Siapa yang WAJIB memiliki page ini?

- Usahawan yang baru berjinak2 dlm dunia online,tapi nak cepat naik dan mempunyai nama yang gah.Nak dpt likes banyak memang susah,lagi pula kos untuk satu like pun dh mahal.Yang dh expert guna fb ads pun boleh dpt paling minima 20 sen untuk 1 like,itu 1 like,kalau 20K likes,dh berapa duit yg perlu dileburkan.Itu yang expert fb ads,kalau yg baru berjinak-jinak,purata 40 sen - 50 sen untuk like.Page saya ini mmg page yg diguna untuk jualan,sy dh jana ribuan ringgit dgn page ini.

- Usahawan online yang dah lama,dah lama bertapak,tapi page baru 300 - 500
likes.Itu pun hasil dari paksaan (Maksudnya paksa org like page kita) .Invite
org tu,invite org ni.Sbb tu sales suam2 jer..

- Usahawan lama yg gah dan ada keinginan untuk tambah bidang perniagaan.

- Page ini sesuai dijadikan page jualan ( Barangan kereta,kereta,mobile
phone,aksesori phone,lokal brand,tshirt,kasut,bundle,kedai makan,kiosk,gerai ,
dan macam2 lagi )

======================================

Kelebihan jika ada page yang ada like banyak?

- Kredibiliti bisnes memang meningkat.Like banyak,ramai org suka,org lain pn
jadi yakin dan turut suka.

- Trust - Bila like banyak,org jadi yakin dan percaya nak beli.Klu kita pilih
kedai makan,mesti nak pilih yang ramai org kan.Sama juga mcm page ni.

- Senang Viral.Bila like banyak,tukang share pun ramai,so secara x
sengaja,akan viral.

- Tak perlu lagi bertahun2 untuk naikkan like,x payah dah invite2 (paksa)
kawan2,sepupu sepapat,ipar duai untuk like page kita.Mereka pun naik
menyampah,kita dok paksa dierang like page kita.

- Beli page yang ready ada like banyak ni,jimat duit,jimat masa,jimat
tenaga.Nak buat Fb ads untuk tarik like ni igt senang ke,akaun kena flagged
lah,kena block lah..mcm2,malas nak cerita lebih.Mana yang dah biasa dgn Fb
Ads,faham lah kan.

================================
Kenapa saya mahu lepaskan page ini?

Sejujurnya,saya dh tiada masa untuk handle page ini.Sebab sy sudah ada kerja
tetap,tiada komitmen untuk bisnes.So,apa salahnya saya ingin berikan peluang
kepada tuan-tuan untuk mencuba apa yg saya dan orang lain (jana income)
melalui Fb page.Saya berani katakan,Fb page saya bukan Fb page SAMPAH.Ini Page
sy bina untuk jana income,album2 jualan dlm page ini pun saya tak padam
lagi.Ini bukan page Lawak,troll,politik,slot drama TV .Ini page untuk buat
duit.

Saya ada lagi Fb page yg lain2,dalam 4 page lagi yang likes puluh-puluh
ribu..ke empat page tersebut semua page jualan..

Boleh ke tukar Nama page kepada nama lain?

- Boleh,tiada masalah.Diluar sana ada individu2 yang menawarkan khidmat tukar
nama page.

Sebenarnya bagi lagi kelebihan jika anda grab page yang dah banyak likes
ni.Tapi antara point2 penting telah saya hightlight kan seperti di atas tadi.

----------------------------------
Harga yg saya tawarkan cukup rendah sebab kos untuk dapatkan 1 like pun dh
mahal.

Jom kita kira bersama, contoh Fb caj utk 1 like paling murah pun 15 sen

Page ini ada 44K likes .. 44000 darab dgn RM0.15 = RM6600 TOTAL KOS

Tapi saya TAWARKAN cuma RM3500 sahaja. JIMAT RM3100

RM3100 itu dah boleh buat mcm2,Boleh buat beli stok.Tapi saya sarankan RM3100
anda gunakan lah untuk tujuan MARKETING.Marketing ini untuk tarik
pelanggan,medium untuk bagi duit dtg pada kita.

Bayangkan anda JIMAT RM3100 ,Satu nilai yang banyak bagi saya.Bagi anda
Mungkin rendah,tp bagi saya RM3100 satu jumlah yg besar.

Bagaimana jika berminat?

Jika anda berminat ataupun mahu lebih maklumat,mahu bincang lebih lanjut,boleh
email saya di mohdridhwandin@gmail.com

atau Whatsapp [FB PAGE 44K] Kosong Satu 1 - 40003340

Saya akan berikan lebih maklumat melalui Whatsapp jika tuan-tuan perlukan.

Saya inginkan tuan-tuan yg serius.Kalau boleh saya utamakan yang baru ingin
berjinak-jinak dlm online bisnes,yang baru nak belajar jual via Fb page guna
Fb ads.Insyallah,sy akan berikan tunjuk ajar berkenaan online bisnes
berdasarkan sedikit ilmu serta pengalaman yg saya ada ini.Saya akan cuba
berikan after sales service atau support after sales.Sy tidak akan tinggalkan
anda terkial-kial.Mana yg dh otai tu,tak perlu lah saya nak ajarkan.. Hehehe.