Wednesday, December 19, 2018

Lokman Mahu DS Najib Diangkat Sebagai Ketua Umum UMNO


SUMBER FB Lokman Noor Bin Adam

SUDAH TIBA MASANYA UMNO MEMBAWA MASUK DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI KETUA UMUM

Oleh : Lokman Noor bin Adam
18hb Disember, 2018

Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk bercuti dan menyerahkan tugas-tugas Presiden UMNO untuk dijalankan oleh Datuk Seri Utama Mohamad Hassan amat mendukacitakan. Ini satu kemenangan besar kepada Tun Mahathir yang telah berusaha sedaya upaya bagi memastikan kekalahan Datuk Seri Zahid dalam pemilihan UMNO dan menggunakan pelbagai pihak dalam UMNO untuk memberikan tekanan kepada Datuk Seri Zahid agar bercuti sebagai Presiden.

Ahli UMNO bukanlah sebodoh seperti yang Tun Mahathir sangka. Lagi banyak seseorang itu didakwa oleh musuh parti, lagi yakin kami kepada pemimpin-pemimpin kami itu. Zaman Law of The Jungle ini, mereka yang bersalah selamat dari sebarang bentuk hukuman, manakala mereka yang tidak bersalah dengan mudah dipalit dengan pendakwaan walaupun belum selesai siasatan. Lebih menyedihkan, banyak pemimpin-pemimpin UMNO yang Bobrok membiarkan diri mereka dipergunakan oleh Tun Mahathir, walaupun SPRM menggunakan perkataan “kita dakwa Zahid dahulu dan kita siasat kemudian”.

Dalam situasi kritikal begini, UMNO perlu khidmat seorang pemimpin yang berpengalaman dan dihormati oleh Ahli-Ahli Parlimen BN yang masih belum melompat dan yang telah melompat. Atas dasar itu, selaku Ahli Mahlis Kerja Tertinggi UMNO saya mencadangkan agar YB Datuk Seri Presiden UMNO, melantik YB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Ketua Umum UMNO dan Ketua Pembangkang, sementara Dato’ Sri Presiden UMNO bercuti. Perlantikan ini sangat penting bagi memastikan kestabilan UMNO memandangkan lebih dari separuh ahli UMNO yang telah mengundi YB Datuk Seri Presiden sudah pasti tidak boleh menerima kepimpinan Timbalan Presiden yang sekalipun tidak pernah mempertahankan Presiden ketika beliau diserang oleh pihak yang mahu beliau bercuti.

Saya mohon sokongan, pihak-pihak yang bersetuju dengan cadangan saya ini untuk membuat kenyataan yang sama seberapa segera yang boleh. Terima kasih.

Dato’ Lokman Noor bin Adam
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Share this

0 Comment to "Lokman Mahu DS Najib Diangkat Sebagai Ketua Umum UMNO"

Post a Comment