Saturday, November 17, 2018

Kenapa PAS Beri AMARAN Keras | Isu ICERD

PARLIMEN 13/11/2018 | Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapanya semasa membahas BAJET 2019 memberi amaran keras terhadap Kerajaan Pakatan Harapan agar jangan mengiktiraf ICERD.

Berikut adalah antara intipati perbahasan ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.


"PAS memberi amaran yang sekeras-kerasnya, jangan menyalahgunakan Parlimen kerana kemenangan Pakatan Harapan. Ketahuilah bahawa mudah sahaja bagi PAS untuk mengerahkan berjuta rakyat di jalan raya, sekiranya Parlimen ini disalahgunakan untuk mengiktiraf agenda ICERD yang tidak adil terhadap Islam dan rakyat Bumiputera.*

Sepatutnya ICERD dihadapkan ke arah Israel dan Myanmar yang melaksanakan kekejaman terhadap rakyat yang berbeza agama dan bangsa di negara mereka. Bukan diterimaa di negara Malaysia yang telah wujudbya penerimaan masyarakat majmuk. Jangan lagi diganggu sehingga melampaui batas yang ada terkini.

Jangan dilanggar lampu merah yang sedang bernyala. Jangan bersikap laksana diberi betis mahukan peha."




Share this

0 Comment to "Kenapa PAS Beri AMARAN Keras | Isu ICERD"

Post a Comment