Sunday, November 18, 2018

PAS & UMNO Memang Pernah Bersama - TG Hj Hadi Awang



"Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Dr Burhanuddin al-Helmi, masing-masing merupakan bekas Presiden Umno dan PAS, pernah berkongsi pentas di Melaka bagi menuntut kemerdekaan" - Presiden PAS TG Hj Hadi Awang.

Dalam ucapannya pada Himpunan Perpaduan Ummah semalam,Hj Hadi meyatakan bahawa UMNO dan PAS telah banyak bekerjasama sebelum ini atas beberapa isu.

Menurut laporan F.M.T | Pemimpin tertinggi PAS dan UMNO bersetuju untuk mengadakan perhimpunan bersama bagi membantah rancangan kerajaan mahu meratifikasi satu konvensyen antarabangsa mengenai penamatan diskriminasi kaum.

Keputusan itu diumumkan dalam satu program di Pasir Salak malam tadi yang dihadiri kedua-dua presiden parti itu, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kita nak buat perhimpunan aman. Rakyat majoriti berhak bersuara,” kata Hadi kepada lebih 30,000 ahli PAS dan Umno, seperti dipetik lidah rasmi PAS, Harakahdaily.


KAITAN MALAYSIA DENGAN ICERD


Malaysia merupakan antara sebilangan kecil negara yang tidak menandatangani atau meratifikasi triti tersebut.

Triti itu menyediakan mekanisme kepada individu di seluruh dunia membuat aduan tentang, antara lain, isu diskriminasi kaum dan boleh dikuatkuasakan ke atas negara anggota.

Secara khusus, ia menghendaki negara anggota menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum, termasuk dalam institusi awam dan dasar kerajaan – isu yang menjadi teras bantahan kumpulan orang Melayu.

Zahid dalam ucapannya malam tadi memberi AMARAN KERAS kepada Kerajaan bahawa Protes besar-besaran akan dianjurkan diseluruh negara jika kerajaan masih tidak memberi petunjuk jelas untuk MENOLAK ICERD.

Share this

0 Comment to "PAS & UMNO Memang Pernah Bersama - TG Hj Hadi Awang "

Post a Comment