Monday, September 18, 2017

9 Cara Berkesan Kumpul Duit Kahwin / Duit Hantaran


Bila kita bercakap soal kahwin bagi individu yang masih belum berkahwin mesti terbayang-bayang pada persoalan kos perkahwinan.Cukup ke duit aku?Berapa hantaran?Berapa harga cincin?Berapa harga itu ini..Macam2 kos kan.

Lebih-lebih lagi untuk zaman sekarang,serba serbi mahal.Itu mahal,ini mahal.Bagi anak-anak muda,berfikir banyak kali sebelum memikirkan bab kahwin.

Ibubapa kekasih kita pun sibuk tanya bila mahu hantar rombongan meminang.Haha.Ongkos pun masih kurang.Kekasih pun sibuk juga tanya,macam mana dengan hubungan kita ini.Ayat macam dalam drama.Haha.Gurau tapi itu lah realitinya,sekalipun pahit untuk ditelan. :)

Hari ini ,saya akan berkongsi dengan anda semua 9 Cara yang insyallah berkesan untuk kumpul duit kahwin / duit hantaran.


1.Mindset & Matlamat

Cara berfikir kita mesti betul apa tujuan sebenar kita mahu kumpul duit.Niat untuk berkahwin mesti baik dan bukan main2.Perkahwinan suatu yang dituntut dalam agama,so niat mesti kena baik,ikhlas.Kalau niat tak baik,tiada pertolongan dari Allah.Matlamat mesti kena jelas dan konsisten.Jangan hangat-hangat tahi ayam saja.Mula2 jer semangat,lepas tu,so so jer. 

2.Mula Menabung

Masa kecil-kecil dulu,ibubapa sering mengingatkan kita supaya menabung.Lebihan duit belanja sekolah mesti mereka akan cakap ''Masuk dalam tabung".

Menabung ini tak semestinya kena jumlah yang banyak.Nak tunggu banyak baru nak menabung,itu memang susah untuk dilakukan.Duit siling pun tiada masalah.Janji menabung & konsisten.

Duit menabung juga boleh dijadikan sebagai petty cash atau duit dikala dilanda musibah luar jangka.Contoh:Sakit,kenderaan rosak & sebagainya.

Anda tidak semestinya perlu mengikat perut hanya semata-mata ingin menabung.

3.Sistem Sampul

Sistem ini mudah,hanya guna sampul surat.Ini berdasarkan pengalaman sahabat saya,yang beliau mempraktikkan sistem sampul bagi mengumpul duit kahwin.Apa yang menarik,duit kahwin berjaya dikumpul tidak sampai 5 bulan.

Cara sistem sampul ?

Mengkategorikan setiap sampul mengikut keperluan perbelanjaan.Contoh,sampul 1 untuk duit kahwin,sampul 2 untuk sewa rumah,sampul 3 untuk bayar kereta,sampul 4 untuk perbelanjaan lain2 dan seterusnya.

Ianya seperti membuat pecahan daripada pendapatan kita.Tapi harus di ingatkan,jangan lah diusik sampul-sampul tersebut.

4.Elakkan Penggunaan Kredit Kad

 Penggunaan kredit kad secara tidak terkawal boleh mengundang kemudaratan.Kad kredit ini bahaya sebab kita tidak nampak bentuk wang yg telah kita belanjakan.

Ia berbeza dengan duit tunai.Duit tunai kita akan nampak ia akan berkurang.Jadi bila tunai kita berkurangan,kita akan rasa berdebar dan takut seterusnya tidak akan berbelanja lebih lagi.

Kad kredit ini kita tak sedar jumlah perbelanjaan kita pada waktu-waktu tertentu.Cukup saja sebulan,sampai bil,mula lah terkejut dan terpinga-pinga.

Satu lagi,interest kredit kad ini agak tinggi.Saya tak nak lah cerita pasal interest itu sebab saya pun kurang maklumat tentang itu.

Sebaiknya,berbelanja secara tunai.Jangan kredit/hutang.



5.Kawal Nafsu Dalam Berbelanja

Belanja ikut keperluan,bukan kemahuan/nafsu.Kalau ikut nafsu,satu pasaraya pun kita nak beli.

Belanja mengikut kemampuan.Ukur baju dibadan sendiri.Jangan tengok orang beli iphone 7 ,kita pun nak beli.Nak2 lagi kalau anda guna kredit kad,lagi tak ingat dunia membeli,shopping sakan.

6.Kurangkan Aktiviti Luar

Lebihkan masa dirumah selepas balik kerja.Dah penat meredah jem,berehat dirumah lebih baik.

Kurangkan aktiviti melepak selepas waktu kerja.Saya faham,bagi yang bujang,mereka lebih gemar melepak di kedai-kedai mamak,warung2 selepas waktu kerja.Bila dah melepak,banyak kos-kos yang akan dikeluarkan.Bukan tak boleh lepak,ini tidak,hari2 nak lepak,hari2 nak makan diluar.Seminggu sekali pun dah ok.

Masak dirumah lagi baik,selain dapat berjimat cermat.Ianya lebih sihat dengan makan masakan yang kita sediakan sendiri.Kita sudah tahu tahap kebersihannya.

7.Berhenti Merokok

Perkara ini memang agak susah,lebih2 lagi pada perokok tegar.Tapi itu tidak mustahil.Ingat semula apa matlamat kita untuk kumpul duit.Itu sebab mindset kita kena ubah dulu.

Berapa banyak yang dapat kita jimatkan dengan berhenti merokok.Daripada kita membazir membeli rokok,lebih baik duit itu kita infak kan pada mereka yang lebih memerlukan.Pahala dapat,keberkatan hidup pun dapat.

8.Gunakan Motosikal Untuk Aktiviti Rutin

Penggunaan motosikal ternyata bagus bagi sesiapa yang mahu berjimat.Guna motosikal untuk ke tempat kerja adalah satu alternatif untuk mengurangkan kos perbelanjaan bulanan anda.

Minyak save pada kereta.sbb cc kecil.Cepat sampai ke destinasi,tak perlu nak hadap jem hari2,masuk kerja pun on time.Kalau masuk lewat,gaji pula kena potong.Haha.Satu lagi,tol pun tak perlu bayar.Caj parkir pun percuma.Ada juga sesetengah tempat yang kena bayar,tapi caj nya lebih rendah daripada caj parkir kereta.

Biasa orang2 di bandar ni,tengah bulan jer naik motosikal,tengah sengkek masa tu.Masa dapat gaji,ke tempat kerja naik kereta.Lagi teruk jika masa gaji,pergi kedai dekat dengan rumah pun naik kereta.Aduhai.



9.Sedekah/Beri Sedikit Wang Gaji Pada Kedua Orang Tua

Memang banyak kelebihan bersedekah ni,antaranya .Pertama,mendapat keampunan dan keredhaan Allah.Kedua,rezeki akan lebih bertambah tanpa tidak kita sangka.Walau duit dalam poket tinggal RM30 pada tengah bulan,tapi masih cukup sehingga gaji masuk.Banyak lagi kelebihan bersedekah,dipanjangkan umur,sihat tubuh badan,terhindar dari bala & banyak lagi lah.


Demikian saja perkongsian saya untuk kali ini.Saya berharap anda akan beroleh manfaat dari perkongsian ini.Jika ada sebarang komen atau apa saja,boleh tinggalkan diruang komen dibawah.

Sekian terima kasih dan salam hormat :)





Share this

0 Comment to "9 Cara Berkesan Kumpul Duit Kahwin / Duit Hantaran"

Post a Comment