Ramai yang tertanya-tanya,bagaimana nak buat duit mudah melalui ebay.Jawapan nya mudah.Beli di ebay kemudian jual balik (markup price) di platform selain ebay.Contoh paling mudah,jual di mudah.my ,lelong,shopee ,personal website,blog dan sebagainya.
Bisnes Tanpa Modal / Modal Paling Minimum
Ataupun,anda boleh buat pre-order dengan minta deposit dahulu pada pelanggan anda jika mereka ingin membeli sesuatu di luar negara.Mulakan dengan promot pada adik beradik,kawan2 ofis yang anda boleh tolong dapatkan barang import untuk mereka.Ambil untung untuk permulaan RM50 pun sudah ok.Itu baru seorang,kalau 2-3 orang.Dah berapa.Tolong beli sje kot. :)
Ramai lagi diluar sana yang masih lagi tidak tahu cara beli di ebay,skeptikal tentang ebay dan paling teruk,tak tahu langsung ebay itu apa.Haha.Jadi,anda boleh jadi orang tengah pada mereka2 yang saya sebut tadi.Bantu mereka dapatkan barang import yang mereka mahukan.Kenakan sedikit caj,dulu saya pun buat mcm itu :) . Bisnes tanpa modal.Sediakan servis tolong beli saja.
Sudah Ada Akaun eBay?Jika Belum,Boleh Lihat Tutorial Cara Daftar Akaun eBay Disini.
Cara Mudah Beli Di Ebay
Hari ini,saya berkesempatan untuk menulis tentang cara-cara paling simple,mudah beli di ebay.Serius,ia sangat lah mudah.Jom follow .
Contoh Oakley spek ini,harga USD87.29 Free Postage Worldwide,Convert duit Malaysia lebih kurang RM367 ,senang kira RM370.Market seller online di Malaysia untuk model Oakley ini antara RM480-RM550.Jika di butik Oakley di Malaysia,tak payah cakap lah,lagi mahal.Mungkin harga mencecah RM900.
Jika anda tiada MODAL,mulakan menjual secara pre-order kepada adik beradik atau kenalan rapat.Contoh anda mahu jual spek ini dengan harga RM480,anda minta lah deposit RM350 ke,RM400 ke.Dah sampai barang,baru pelanggan bayar full.tak gitu?Ikut kretiviti korang lah nak buat mcm mana pun.Saya hanya mencadang.
Step 1 : Klik "Buy It Now"
Step 2 : Pada step kedua ini,anda dikehendaki untuk check atau memasukkan alamat penghantaran.Kalau ada nak tambah alamat baru,tekan saja anak panah 'bawah' pada ruang "Ship to"
Pada ruang "Pay with" ,anda pilih PayPal.Lepas saja anda tick pada PayPal,akan keluar Pop-up yang mengkehendaki anda login kedalm akaun PayPal anda.
Lepas saja anda berjaya login kedalam akaun PayPal anda,ruangan "Confirm and pay" akan jadi warna biru.Check dulu semua maklumat seperti nama dan alamat sebelum klik "Confirm and pay".
Jika anda berasa semua maklumat betul,kemudian baru lah klik "Confirm and pay"
Dan,selesai....
Jika dah selesai dan berjaya buat bayaran,anda akan dibawa ke ruang lebih kurang begini.
Senang bukan? Saya harap dengan perkongsian yang tak seberapa ini dapat memberi sedikit informasi buat anda.
Jika ada sebarang kemusykilan,anda dialukan untuk tulis diruang komen dibawah.
Sekian terima kasih dan salam hormat :)
Tags : Cara mudah beli di ebay
0 Comment to "Buat Duit Mudah Di Ebay 2018"
Post a Comment