Saturday, September 16, 2017

Berbaloi Ke Xpax Baru Edisi Khas Pantai Timur?


Baru-baru ini,celcom ada melancarkan produk terbaru mereka iaitu XPAX Edisi Khas bagi penduduk pantai timur.Ianya boleh dikatakan limited edition lah.

Dengar2 data yang ditawarkan ada 50% lebih dari pelan XPAX bagi kawasan selain pantai timur.Kenapa asyik pantai timur saja?Saya pun kurang pasti,mungkin untuk menarik lebih ramai lagi pengguna mereka di kawasan pantai timur.

Secara statistik,pengguna celcom di kawasan pantai timur memang tinggi berbanding pantai barat.Jadi saya rasa pelan XPAX khas ini adalah bagi menghargai penduduk pantai timur.Barangkali lah.

Perhatian : Edisi khas ini hanya untuk Sabah,Sarawak,Kelantan,Terengganu dan Pahang sahaja.









Selepas simkad XPAX Edisi Khas diaktifkan,secara automatik anda akan mendapat 10GB internet asas + 10GB data untuk main facebook secara PERCUMA selama 30 hari.

Sekiranya anda topup RM10,anda akan diberi ganjaran internet pantas (high speed) 10GB untuk Sabtu Ahad + 60 Minit free call ke rangkaian sama (Celcom ke Celcom).

Jika topup RM30,anda akan dapat internet pantas 10GB untuk Sabtu Ahad + 120 Minit free call ke rangkaian sama (Celcom ke Celcom)

10GB itu agak besar bagi saya.Kalau kaki gaming,memang tak akan cukup 10GB tu :) Kena langgan Unifi atau Streamyx baru best,ping rendah,kurang lagging.


Pelan internet di atas sama saja dengan XPAX kawasan lain.Edisi khas pantai timur,bezanya ia ada reload bonus saja.

Pelan internet boleh dikatakan berpatutan.

RM3 untuk 1GB sehari

Cara langgan *118*2*1#

RM10 untuk 2GB seminggu

Cara langgan *118*2*4#

RM30 untuk 5GB sebulan

Cara langgan *118*2*6#

RM50 untuk 10GB sebulan

Cara langgan *118*2*7#

Perhatian : Terdapat perbezaan pada gambar diatas.Ini kerana Celcom telah mengemaskini pelan internet mereka dengan menambah lebih banyak pilihan pelan internet yang ditawarkan oleh mereka.

Pelan tambahan (add-on) juga menarik.

Internet tengah malam (1 pagi - 7 pagi)

RM1 = 1GB sehari

RM7 = 10GB seminggu

RM20 = 15GB sebulan

Videotube atau lebih dikenali sekarang Video Walla (Khas untuk Youtube dan streaming)

RM1 = 1GB sehari

RM7 = 10GB seminggu

RM20 = 15GB sebulan

Panggilan Suara Tanpa Had ( Rangkaian sama Celcom ke Celcom ) Ini sumber paling latest yang saya dapat.

RM1 untuk unlimited call sehari

RM7 untuk unlimited call seminggu

Berapa caj panggilan dan sms bagi pelan XPAX ?

Agak mahal untuk panggilan suara ke suara rangkaian jenis pukul rata 30sen seminit ( Nak call free,guna whatsapp call jer )

SMS ke semua rangkaian jenis pukul rata juga 15sen per SMS (Zaman sekarang jarang sangat2 dah orang SMS,semua guna whatsapp , telegram ,dan lain2)

Zaman sekarang 2017 pengguna mahukan data internet yang banyak,data untuk streaming yang banyak sebab sekarang zaman Video.Video content.Apa2 hal video.

Cara untuk dapatkan XPAX Edisi Khas ?

Anda boleh mengunjungi ke semua Celcom dealer kawasan Pantai timur (Sabah,Sarawak,Kelantan,Terengganu dan Pahang).

Ada orang tanya,kalau IC saya bukan dari Pantai timur macam mana?Boleh beli ke Simkad XPAX Edisi khas ini?

Jawapan nya,BOLEH.Asalkan simkad tersebut anda beli pada dealer celcom yang berdaftar di pantai timur (Sabah,Sarawak,Kelantan,Terengganu dan Pahang).

Umur mestilah 12 tahun dan keatas ya untuk mendaftar simkad XPAX ini.








Demikian saja perkongsian saya untuk kali ini.Jika ada sebarang komen atau apa saja,boleh tinggalkan diruang komen dibawah.

Sekian terima kasih dan salam hormat :)


Share this

2 Responses to "Berbaloi Ke Xpax Baru Edisi Khas Pantai Timur?"

  1. Guna call WhatsApp mcm bercakap dengan orang pekak je.Jgn guna la

    ReplyDelete
  2. plan jahanam ni dah tak wujud dah dia rollback balik kononnya promotion dah tamat kelentong banyak ini celcom ni.

    ReplyDelete