SmartPhone/Telefon Pintar pada pasca ini bukan lagi kemahuan atau untuk memenuhi kehendak setiap orang.Sebaliknya,ia menjadi satu keperluan.Iaitu suatu perkara yang wajib setiap orang memilikinya.Tidak kira peringkat umur,baik kecil sehingga tua,telefon merupakan satu perkara asas serta wajib untuk dimiliki.
Ya,sekarang ini telah wujud pelbagai varian telefon pintar di dalam pasaran.Ya paling popular dikalangan kita sudah tentu lah,jenama iphone,samsung,sony,asus,lenovo dan lain-lain.Setiap jenama masing-masing saling bersaing setiap saat bagi menentukan siapakah yang akan mendominasi pasaran.Masing-masing berlumba-lumba siapakah yang paling canggih.
Walau secanggih mana pun gajet/telefon tersebut,ia tetap mempunyai kelemahan,ia tetap akan bermasalah.Jika sekali beli,tiada bermasalah.Syarikat telefon pasti akan rugi,bukan rugi lah,maksud saya tidak untung berkali-kali.Logiknya,kenapa syarikat menyediakan 'Warranty' ? Warranty itu sendiri dah menunjukkan kebarangkalian untuk bermasalah.Bagaimana dengan vendor mereka,yang menyediakan alat ganti?Vendor juga mahu untung,bukan.
Antara masalah yang sering berlaku ke atas telefon ialah bateri cepat rosak,drain,gelembung.Paling ketara dan biasa saya jumpa ialah bateri gelembung.
Gambar diatas contoh bateri iphone 4 yang telah rosak / gelembung.
Akibat dari bateri gelembung.Merekah,pecah dan hampir meletup.Telefon tak jatuh,tapi merekah sampai begini.Kesan dari gelembungan bateri.Bateri perlu diganti dengan kadar segera.
Pandangan dari atas.
Antara Punca-Punca yang menyebabkan Bateri Gelembung ialah :
1) Penggunaan 'charger' tiruan
- Charger tiruan tidak ada Cut Off.Maksudnya,bila kita caj (charger tiruan) ia tidak akan berhenti mengecas walaupun bateri telah penuh 100%.
2) Penggunaan telefon semasa mengecas
- Ia boleh mengakibatkan bateri menjadi terlalu panas / Overheated.
3) Mengecas terlalu lama
- Kalau guna charger yang original,tiada masalah.Jika charger tiruan ,itu yang bermasalah.Ia berkait dengan Volt.Terlalu banyak tenaga yang mengalir masuk ke dalam bateri.
4) Banyak application running in background
- Bateri cepat drain jika terlalu banyak application yang masih running.Puncanya ialah lupa nak off dan tak ambil peduli tentang masalah tersebut.Nasihat saya,selepas run satu program tu,terus off jika dah tak mahu guna.Ia mampu menyelamatkan jangka hayat bateri anda.
5) Kerap Mengecaj
- Terlalu kerap caj juga punca kepada bateri gelembung.Bateri belum betul2 low pun dah nak caj.Main game sambil mengecaj pun satu punca juga.Guna telefon sambil caj.Bukan saja merosakkan bateri,malah membahayakan nyawa kita sendiri.Ada kes seorang perempuan mati akibat terkena renjatan elektrik semasa menjawab panggilan (Telefon sedang dicaj).
Apa yang saya nyatakan diatas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan orang lain.Mungkin juga ada persamaan dengan anda semua.Jika ada,boleh kongsikan dengan pembaca semua di ruangan komen.
Saya percaya setiap dari kita mempunyai pengalaman yang berbeza-beza.Jadi,anda dialu-alukan untuk komen di ruang dibawah.
Demikian saja perkongsian saya pada Malam 31 Ogos 2017 ini,diharap akan memberi input berguna pada anda semua.
Sekian.Terima kasih & salam hormat :)
Tags : Bateri iphone rosak , iphone battery replacement
0 Comment to "Punca-Punca Bateri Iphone Rosak / Gelembung"
Post a Comment