Sunday, August 20, 2017

Cara Paling Mudah Buka Akaun PayPal - Terkini 2018

Apa itu PayPal & kenapa kita mesti menggunakan PayPal?

Dalam bahasa yang senang difahami,PayPal ialah cara paling mudah,cepat & selamat untuk kita menghantar (membeli) & menerima wang secara online tanpa perlu memasukkan butiran kredit/debit kad kita setiap kali melakukan sebarang transaksi.

Memandangkan bisnes saya banyak transaksi luar negara,sudah tentu penggunaan akaun PayPal saya adalah secara maksimum.Bayar pembekal semuanya menggunakan PayPal.

PayPal ini sangat mudah,kenapa mudah? Kerana ia hanya menggunakan alamat emel saja untuk melakukan transaksi.Contoh , anda ingin membeli barangan dari kenalan di USA,jangan risau.Minta saja emel PayPal beliau.International person macam USA dah confirm mesti ada akaun PayPal.

Antara kelebihan PayPal ialah :-

  • Boleh shopping worldwide
  • Pembelian anda dijamin selamat.Jangan risau pasal barang tak sampai ke,barang rosak ke.Ia Anti Fraud.
  • Dapat pulangan duit shipping jika anda return barang.PayPal akan cover sehingga USD15.
  • Boleh gunakan Debit/Kredit kad mana-mana Bank di Malaysia.
Untuk lebih maklumat,anda boleh klik link PayPal ini, https://www.paypal.com/my/home

Cara-cara untuk membuka akaun PayPal?

Langkah 1 : Klik https://www.paypal.com/my/home dan klik butang ' Sign Up '


Langkah 2 : Rujuk gambar dibawah.








Saya tunjukkan cara untuk buka akaun PayPal personal sahaja.Jika anda ingin membuka PayPal for business,anda boleh klik pada ' Receive payments with PayPal '.

Langkah 3 : Rujuk gambar dibawah








Isikan butiran anda seperti emel yang aktif dan password.


Langkah 4 : Rujuk gambar dibawah











Isi butiran anda,alamat tu tak kisah,alamat tetap atau alamat surat menyurat pun tak apa.


Langkah 5 : Rujuk gambar dibawah








Untuk ruang ini,ada 2 pilihan samada mahu memasukkan terus butiran kad debit atau kad kredit.Kad debit Maybank,cimb,bank islam,public bank,bank islam,boleh dikatakan hampir semua bank di Malaysia boleh digunakan untuk daftar PayPal.

Jika ingin masukkan butiran kad kemudian pun tak mengapa,klik saja ' I'll do it later '


Langkah 6 : Rujuk gambar dibawah








Tahniah,anda telah pun memiliki akaun PayPal.


Langkah 7 : Login akaun PayPal anda dengan menggunakan emel dan password yang telah anda tetapkan.











Klik ' Confirm email address '









Seperti dalam gambar diatas,klik ' Send Email '


Dan,anda akan menerima email seperti gambar dibawah







Klik ' Click to activate your account ' dan akan pergi ke halaman (Rujuk gambar dibawah)









Masukkan Password dan klik ' Confirm Email Address '


Jika ingin memasukkan butiran kad (Rujuk gambar dibawah)








Jika ingin memasukkan bank akaun (Rujuk gambar dibawah)







Maafkan saya kerana tidak dapat menunjukkan cara yang seterusnya bagi memasukkan buitran kad debit/kredit serta akaun bank.

Tetapi,saya cukup yakin anda mampu mengatasinya. :) Caranya simple saja ;)

Gambar dibawah menunjukkan paparan jika semua sudah complete.



Cara-Cara dapatkan 4 Digit PayPal Code,Boleh rujuk tutorial ini.





Saya amat mengharapkan agar sedikit perkongsian dari saya ini dapat memberi ilmu berguna buat anda semua.

Plan saya selepas ini,saya mahu menulis secara ringkas tentang ebay & bagaimana jika ingin membeli barang dari USA yang mana seller tersebut tidak 'ship' ke Malaysia.


Contoh,website (rujuk gambar dibawah) ini,mereka tidak 'ship' ke Malaysia. & saya akan tunjukkan cara mudah untuk 'Paksa' mereka Ship to Malaysia.Siap dapat reward lagi tau :)


Shhh..mereka juga lah antara supplier untuk store Kaizen Maju saya. Hehe.




P/S : Silakan Share post ini supaya lebih ramai lagi yang akan beroleh manfaat,mungkin anda dah expert tentang PayPal,tapi kawan-kawan,saudara mara anda..Mereka juga ingin shopping oversea seperti anda.


P/S/S : Jika ingin download gambar-gambar yang ada di dalam blog ini,tolong berikan kredit dalam bentuk url/link ke blog saya ini.


Doakan saya akan terus ada kesempatan untuk terus menulis.Salam hormat buat semua.

Share this

2 Responses to "Cara Paling Mudah Buka Akaun PayPal - Terkini 2018"

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. I am not sure if you are even going to read the comment section but I am going ask anyway, what is the best Malaysia bank account that you can use with Paypal?
    Or at least for you personally. And why?

    ReplyDelete