Tuesday, November 27, 2018

Anggota Bomba Parah Di Serang Perusuh Di Kuil Seafield


Sumber SarawakVoice | 

SELANGOR: Seorang anggota bomba patah tulang rusuk dan mengalami paru-paru berdarah selepas diserang perusuh di Kuil Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, yang bergegas ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi.





Kejadian ini berlaku pada hari kedua rusuhan di kuil berkenaan, yang dikatakan berpunca daripada urusan untuk memindahkan kuil.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun kini masih lemah dan dirawat di wad Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Subang Jaya.



Dari Admin : Semoga Mangsa, Muhammad Adib cepat sembuh & sentiasa berada di bawah lindunganNya.Amin.

Sunday, November 25, 2018

Madinah Mengaku Yang Najib Sendiri Arah Pinda Laporan Audit 1MDB?



Laporan MK | Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho, pentadbiran BN turut mengarahkan beberapa lagi pindaan dibuat terhadap laporan audit 1MDB, kata Ketua Audit Negara Madinah Mohamad.

Ia termasuklah perenggan berkenaan penyata kewangan 1MDB bagi 2014 yang diarahkan sendiri oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Madinah berkata, Najib membuat arahan itu dalam mesyuarat pada 22 Februari 2016, yang turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, bekas ketua setiausaha sulit perdana menteri Shukry Salleh dan bekas ketua audit negara Ambrin Buang.



"Bekas perdana menteri telah mengarahkan pengguguran perenggan yang mengandungi dua versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 2014, dan mengarahkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

"Pada 23 Februari (keesokannya), dalam mesyuarat di pejabat ketua setiausaha negara yang dihadiri Ali, Shukry dan Ambrin, pasukan audit 1MDB dimaklumkan kerajaan telah mengkategorikan laporan akhir itu sebagai satu krisis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita penuh disini




Anwar Ini Rabun Dekat Atau Tuli Badak? Soal Nasrudin Hassan

ULASAN | Anwar Ibrahim menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik kononnya golongan ini membisu ketika skandal kewangan 1MDB berlaku.

Saya kira Anwar telah alami “rabun dekat” atau “tuli badak” bila gagal mengambil maklum peranan alim ulama khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

Barangkali pemikirannya juga mudah dieksploit oleh fitnah sebahagian media sehingga menelan segala pembohongan dan putar belit fakta.

Apakah beliau mahu pimpinan PAS yang berserban dan berijazah itu menjerit dan melaung-laung bagai MP mereka dalam parlimen baru dinilai berperanan dalam menangani isu 1MDB?

Saya juga sambil-sambil melilit serban besar ini, terfikir beberapa soalan untuk Anwar Ibrahim.

Di mana suara lantang beliau ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an? Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri?



Anwar menyertai Umno pada tahun 29 Mac 1982. Kemudian, beliau bertanding dan memenangi PRU di Permatang Pauh dan akhirnya dilantik menjadi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1982.

Walaupun beliau seorang yang lantang mengkritik kerajaan ketika menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia, tetapi apa yang telah beliau lakukan ketika pelbagai skandal kewangan terbongkar sejak 1981?


Di mana Anwar ketika negara mengalami kerugian berjumlah RM1.6 bilion akibat skandal syarikat Maminco (1981)? Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?

Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988? Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex?




Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota kabinet kerajaan?

Beliau selesa menjawat satu persatu jawatan daripada timbalan menteri di JPM (1982), kemudian menteri kebudayaan, belia dan sukan (1983), menteri pertanian (1983), menteri pendidikan (1986), menteri kewangan (1991) sehingga dilantik menjadi timbalan perdana menteri (1993).

Setelah dipecat daripada kerajaan dan Umnno, barulah beliau dilihat gigih melawan regim Tun Dr Mahathir pada waktu itu.

Sebelum memenangi PRU Ke-14, Pakatan Harapan berjanji untuk menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat Tun Dr Mahathir. Di mana pula suruhanjaya siasatan sekarang?

Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu.

Kalau rumah kita berdinding kaca, jangan melontar batu ke rumah orang.

NASRUDIN HASSAN - Pemimpin Kanan PAS

Saturday, November 24, 2018

Pemimpin UMNO Tapah Nafi Ugut,Sekat SETPOL Menteri JPM Waytha



Setelah satu video yang tular di media sosial,Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Tapah menafikan dirinya mengugut dan mengancam SETPOL Menteri JPM Waytha.

Dia memberitahu tidak mengeluarkan kata2 ancaman terhadap SETPOL Waytha,P Muniandy.



Dalam kejadian tersebut,Ahli JawatanKuasa Bahagian tersebut iaitu Syed Afzarizal Syed Salim menegaskan beliau memberi kerjasama penuh terhadap pihak keselamatan & memberitahu motifnya bukan untuk membuat provokasi sebaliknya hanya bertujuan menyerahkan surat bantahan yang ditulis dari hati sanubari beliau sendiri.



Sunday, November 18, 2018

Amaran Keras Zahid,Protes Mega Jika Kerajaan Degil Iktiraf ICERD [Video]


Jika sebelum ini TG Hj Hadi memberi amaran keras semasa berucap di Parlimen berkenaan Isu ICERD.

Kali ini giliran Zahid pula memberi amaran supaya kerajaan memberi petunjuk jelas menolak sebarang usaha memeterai ICERD. 

Dalam ucapannya yang berapi,Zahid merayu agar PAS melupakan segala permusuhan lampau, lalu bergabung dengan UMNO demi bangsa dan Agama.

Dalam ucapan nya di Kampung Gajah malam tadi,Zahid turut mengaitkan TUN M (yang Zahid bahasakan ATOK dalam ucapan nya) sebagai punca permusuhan antara UMNO dan PAS.

"Selama 61 tahun Umno memerintah, 22 tahun adalah di bawah kepimpinan beliau.

"Dia ajar kami membenci PAS, dia ajar kami membenci DAP tapi sekarang mereka sedang bercium mulut sesama sendiri," katanya yang jelas merujuk kepada Tun Mahathir.