Showing posts with label Facebook Marketing. Show all posts
Showing posts with label Facebook Marketing. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

Facebook Fb Page 44K Prospek Targeted Untuk Dijual (SOLD OUT)







Demografik Fb Page 44K Prospek






Page ini menjual barangan aksesori lelaki,Likers/Followers Ramai Lelaki danWanita.Boleh rujuk gambar demografik seperti diatas.

Hampir 50% dari likers berumur dari 25-34 tahun,mereka ini berlokasi di bandar besar Kuala Lumpur.

Apa yang menarik,Likers dari page saya ini dari golongan bekerja dan status pendidikan lepas U dan kolej.Maknanya apa?Maknanya,mereka ini mempunyai kuasa membeli yang kuat.Golongan ini ada yang bujang,in relationship,dan sudah berkahwin.

Likers dari page saya ini adalah Real Like,bukan Bot.Ianya hasil dari iklan Fb Ads.Untuk pengetahuan anda semua,Fb biasanya akan mengenakan Caj 50sen - 80sen (kadang2 tu ada cecah RM1) untuk satu like.Fb Ads memang ada function untuk tambah Like page.Cuba login ke Fb profile -->Pilih Create Adverts -->>
Engagement -->> Page Likes

Sekarang ini,saya ingin membuka peluang pada usahawan-usahawan online untuk
memiliki sebuah Fb page yang betul2 targeted,mempunyai prospek2 yang
berpotensi tinggi utk membeli.Prospek yang sememangnya lapar dan akan membeli dgn rela hati tanpa paksaan.

=====================================
Siapa yang WAJIB memiliki page ini?

- Usahawan yang baru berjinak2 dlm dunia online,tapi nak cepat naik dan mempunyai nama yang gah.Nak dpt likes banyak memang susah,lagi pula kos untuk satu like pun dh mahal.Yang dh expert guna fb ads pun boleh dpt paling minima 20 sen untuk 1 like,itu 1 like,kalau 20K likes,dh berapa duit yg perlu dileburkan.Itu yang expert fb ads,kalau yg baru berjinak-jinak,purata 40 sen - 50 sen untuk like.Page saya ini mmg page yg diguna untuk jualan,sy dh jana ribuan ringgit dgn page ini.

- Usahawan online yang dah lama,dah lama bertapak,tapi page baru 300 - 500
likes.Itu pun hasil dari paksaan (Maksudnya paksa org like page kita) .Invite
org tu,invite org ni.Sbb tu sales suam2 jer..

- Usahawan lama yg gah dan ada keinginan untuk tambah bidang perniagaan.

- Page ini sesuai dijadikan page jualan ( Barangan kereta,kereta,mobile
phone,aksesori phone,lokal brand,tshirt,kasut,bundle,kedai makan,kiosk,gerai ,
dan macam2 lagi )

======================================

Kelebihan jika ada page yang ada like banyak?

- Kredibiliti bisnes memang meningkat.Like banyak,ramai org suka,org lain pn
jadi yakin dan turut suka.

- Trust - Bila like banyak,org jadi yakin dan percaya nak beli.Klu kita pilih
kedai makan,mesti nak pilih yang ramai org kan.Sama juga mcm page ni.

- Senang Viral.Bila like banyak,tukang share pun ramai,so secara x
sengaja,akan viral.

- Tak perlu lagi bertahun2 untuk naikkan like,x payah dah invite2 (paksa)
kawan2,sepupu sepapat,ipar duai untuk like page kita.Mereka pun naik
menyampah,kita dok paksa dierang like page kita.

- Beli page yang ready ada like banyak ni,jimat duit,jimat masa,jimat
tenaga.Nak buat Fb ads untuk tarik like ni igt senang ke,akaun kena flagged
lah,kena block lah..mcm2,malas nak cerita lebih.Mana yang dah biasa dgn Fb
Ads,faham lah kan.

================================
Kenapa saya mahu lepaskan page ini?

Sejujurnya,saya dh tiada masa untuk handle page ini.Sebab sy sudah ada kerja
tetap,tiada komitmen untuk bisnes.So,apa salahnya saya ingin berikan peluang
kepada tuan-tuan untuk mencuba apa yg saya dan orang lain (jana income)
melalui Fb page.Saya berani katakan,Fb page saya bukan Fb page SAMPAH.Ini Page
sy bina untuk jana income,album2 jualan dlm page ini pun saya tak padam
lagi.Ini bukan page Lawak,troll,politik,slot drama TV .Ini page untuk buat
duit.

Saya ada lagi Fb page yg lain2,dalam 4 page lagi yang likes puluh-puluh
ribu..ke empat page tersebut semua page jualan..

Boleh ke tukar Nama page kepada nama lain?

- Boleh,tiada masalah.Diluar sana ada individu2 yang menawarkan khidmat tukar
nama page.

Sebenarnya bagi lagi kelebihan jika anda grab page yang dah banyak likes
ni.Tapi antara point2 penting telah saya hightlight kan seperti di atas tadi.

----------------------------------
Harga yg saya tawarkan cukup rendah sebab kos untuk dapatkan 1 like pun dh
mahal.

Jom kita kira bersama, contoh Fb caj utk 1 like paling murah pun 15 sen

Page ini ada 44K likes .. 44000 darab dgn RM0.15 = RM6600 TOTAL KOS

Tapi saya TAWARKAN cuma RM3500 sahaja. JIMAT RM3100

RM3100 itu dah boleh buat mcm2,Boleh buat beli stok.Tapi saya sarankan RM3100
anda gunakan lah untuk tujuan MARKETING.Marketing ini untuk tarik
pelanggan,medium untuk bagi duit dtg pada kita.

Bayangkan anda JIMAT RM3100 ,Satu nilai yang banyak bagi saya.Bagi anda
Mungkin rendah,tp bagi saya RM3100 satu jumlah yg besar.

Bagaimana jika berminat?

Jika anda berminat ataupun mahu lebih maklumat,mahu bincang lebih lanjut,boleh
email saya di mohdridhwandin@gmail.com

atau Whatsapp [FB PAGE 44K] Kosong Satu 1 - 40003340

Saya akan berikan lebih maklumat melalui Whatsapp jika tuan-tuan perlukan.

Saya inginkan tuan-tuan yg serius.Kalau boleh saya utamakan yang baru ingin
berjinak-jinak dlm online bisnes,yang baru nak belajar jual via Fb page guna
Fb ads.Insyallah,sy akan berikan tunjuk ajar berkenaan online bisnes
berdasarkan sedikit ilmu serta pengalaman yg saya ada ini.Saya akan cuba
berikan after sales service atau support after sales.Sy tidak akan tinggalkan
anda terkial-kial.Mana yg dh otai tu,tak perlu lah saya nak ajarkan.. Hehehe.


Sunday, October 29, 2017

Fb Page / Facebook Page Fanpage Untuk Dijual (SOLD OUT)





Nama Fb Page : Cantik Dalam 1 Jam

Niche : Kecantikan

Tahun Penubuhan : 2013

Jumlah Like : 20,844

Boleh rujuk page inshigt seperti gambar di bawah




Ringkasan tentang page ini,dari apa yang kita dapat lihat,Page saya ini 99% likes dari perempuan.Cuma 1% lelaki.Majoriti dari mereka ini berumur dari 25-35 tahun.Mereka-mereka ini tinggal di bandar2 besar di seluruh Malaysia.

Apa yang menarik,Likers dari page saya ini dari golongan bekerja dan status pendidikan lepas U dan kolej.Maknanya apa?Maknanya,mereka ini mempunyai kuasa membeli yang kuat.Golongan ini ada yang bujang,in relationship,dan sudah berkahwin.



Likers dari page saya ini adalah Real Like,bukan Bot.Ianya hasil dari iklan Fb Ads.Saya boleh sertakan berapa Bill yang telah saya bayar pada Fb,klu tak percaya..Untuk pengetahuan anda semua,Fb biasanya akan mengenakan Caj 50sen - 80sen (kadang2 tu ada cecah RM1) untuk satu like.Fb Ads memang ada function untuk tambah Like page.Cuba login ke Fb profile -->Pilih Create Adverts -->> Engagement -->> Page Likes

Sekarang ini,saya ingin membuka peluang pada usahawan-usahawan online untuk memiliki sebuah Fb page yang betul2 targeted,mempunyai prospek2 yang berpotensi tinggi utk membeli.Prospek yang sememangnya lapar dan akan membeli dgn rela hati tanpa paksaan.

Siapa yang WAJIB memiliki page ini?

- Usahawan yang baru berjinak2 dlm dunia online,tapi nak cepat naik dan mempunyai nama yang gah.Nak dpt likes banyak memang susah,lagi pula kos untuk satu like pun dh mahal.Yang dh expert guna fb ads pun boleh dpt paling minima 20 sen untuk 1 like,itu 1 like,kalau 20K likes,dh berapa duit yg perlu dileburkan.Itu yang expert fb ads,kalau yg baru berjinak-jinak,purata 40 sen - 50 sen untuk like.Page saya ini mmg page yg diguna untuk jualan,sy dh jana ribuan ringgit dgn page ini.

- Usahawan online yang dah lama,dah lama bertapak,tapi page baru 300 - 500 likes.Itu pun hasil dari paksaan (Maksudnya paksa org like page kita) .Invite org tu,invite org ni.Sbb tu sales suam2 jer..

- Usahawan lama yang telah gah dan ingin terjun ke bidang kecantikan Atau Target market kepada golongan wanita.Mungkin sebelum ni dah buat sale gila2 untuk produk lelaki,maybe nak tambah bidang,nak cuba niche kecantikan/Barangan berkaitan wanita.APa salahnya.Likers page ini mmg dah targeted,pandai tackle,slumber je masuk perangkap.:)

Kelebihan jika ada page yang ada like banyak?

- Kredibiliti bisnes memang meningkat.Like banyak,ramai org suka,org lain pn jadi yakin dan turut suka.

- Trust - Bila like banyak,org jadi yakin dan percaya nak beli.Klu kita pilih kedai makan,mesti nak pilih yang ramai org kan.Sama juga mcm page ni.

- Senang Viral.Bila like banyak,tukang share pun ramai,so secara x sengaja,akan viral.

- Tak perlu lagi bertahun2 untuk naikkan like,x payah dah invite2 (paksa) kawan2,sepupu sepapat,ipar duai untuk like page kita.Mereka pun naik menyampah,kita dok paksa dierang like page kita.

- Beli page yang ready ada like banyak ni,jimat duit,jimat masa,jimat tenaga.Nak buat Fb ads untuk tarik like ni igt senang ke,akaun kena flagged lah,kena block lah..mcm2,malas nak cerita lebih.Mana yang dah biasa dgn Fb Ads,faham lah kan.

Kenapa saya mahu lepaskan page ini?

Sejujurnya,saya dh tiada masa untuk handle page ini.Sebab sy sudah ada kerja tetap,tiada komitmen untuk bisnes.So,apa salahnya saya ingin berikan peluang kepada tuan-tuan untuk mencuba apa yg saya dan orang lain (jana income) melalui Fb page.Saya berani katakan,Fb page saya bukan Fb page SAMPAH.Ini Page sy bina untuk jana income,album2 jualan dlm page ini pun saya tak padam lagi.Ini bukan page Lawak,troll,politik,slot drama TV .Ini page untuk buat duit.

Saya ada lagi Fb page yg lain2,dalam 4 page lagi yang likes puluh-puluh ribu..ke empat page tersebut semua page jualan..

Boleh ke tukar Nama page kepada nama lain?

- Boleh,tiada masalah.Diluar sana ada individu2 yang menawarkan khidmat tukar nama page.

Sebenarnya bagi lagi kelebihan jika anda grab page yang dah banyak likes ni.Tapi antara point2 penting telah saya hightlight kan seperti di atas tadi.

Bagaimana jika berminat?

Jika anda berminat ataupun mahu lebih maklumat,mahu bincang lebih lanjut,boleh email saya di mohdridhwandin@gmail.com

atau Whatsapp [FB PAGE] Kosong Satu 1 - 40003340 

Saya akan berikan lebih maklumat melalui Whatsapp jika tuan-tuan perlukan.

Saya inginkan tuan-tuan yg serius.Kalau boleh saya utamakan yang baru ingin berjinak-jinak dlm online bisnes,yang baru nak belajar jual via Fb page guna Fb ads.Insyallah,sy akan berikan tunjuk ajar berkenaan online bisnes berdasarkan sedikit ilmu serta pengalaman yg saya ada ini.Saya akan cuba berikan after sales service atau support after sales.Sy tidak akan tinggalkan anda terkial-kial.Mana yg dh otai tu,tak perlu lah saya nak ajarkan.. Hehehe.

Tags : Facebook page,fb page,facebook fanpage

Wednesday, October 18, 2017

Belajar Fb Ads ( Bahagian Pertama )


Anda teringin nak buat iklan fb ads?

Nak buat tapi tak tahu cara?


Nak buat tapi takut tak jadi?


Bagi saya,jika anda buat ikut step & ada ilmu yg betul,insyallah boleh dpt Fb ads dgn kos yg Murah.


Nak tahu cara dpt kos fb ads murah,Jom follow step saya.


Pertama sekali,anda mesti lah memiliki sebuah Fb page atau Fb fanpage.

Login Fb profile anda dan pilih 'Create Page'


Kedua : 


Pilih Brand or Product & Choose a category - Biasa saya pilih Website (Kategori)

Product Name - Ialah nama page.

Tips : Pilih nama seperti Headline/tajuk anda buat iklan.
Contoh : Kurus dalam 7 hari,Cantik dalam 7 hari,Servis aircond terbaik di Ampang,Cara buat sales setiap jam.


Last,klik Get Started



Ketiga :

Isikan bahagian description,kemudian klik 'Save Info'


Ke 4 :

Upload gambar untuk page anda & kemudian klik 'Save Photo'

Ke 5 :

Bahagian ini kita boleh 'Skip'


Ke 6 :

Disini anda boleh set location,umur prospek,jantina prospek,interest (Minat/kecenderungan) prospek & bahasa prospek anda.


anda boleh set siapa yg anda nak like page yg anda buat itu nanti.


Itu lah kelebihan page.Menarik kan?


Paling penting di bahagian ini,pilih People who live in this location.



Ke 7 :

Set jantina prospek (Bakal pelanggan)


Interest yg berkaitan.Jika jual produk kereta,letak interest pasal kereta.Brand kereta,majalah kereta.


Jika jual penapis air coway,interest pilih kevin zahari & jenama coway itu sendiri.



Ke 8 :

Yes,page dah siap.Upload cover photo page,letak cover yg berkaitan apa yang kita jual.



Baiklah,kita dah selesai bahagian pertama.Pada bahagian kedua,saya akan tunjukkan bagaimana mahu menulis ayat jualan yang betul dan berkesan untuk iklan Fb Ads.

Ayat jualan yang baik serta berformat secara faktanya mampu meningkatkan sales untuk perniagaan kita.

Nantikan untuk bahagian kedua ya .. Terima kasih dan Salam hormat.





Monday, September 11, 2017

Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Internet Di Zaman Gawat


Tahun 2015 sehingga sekarang boleh dianggap tahun yang sangat mencabar.Kita menyaksikan ekonomi negara jatuh merudum.Antara yang paling ketara yang kita boleh lihat ialah kesan pelaksanaan cukai GST 6%.Kesan dari itu,banyak perniagaan yang gulung tikar kerana kuasa membeli berkurangan.Bila sudah perniagaan gulung tikar atau pun mengalami kerugian,sudah tentu pemilik/pengusaha akan cuba mencari jalan keluar bagi menangani masalah yang di hadapi mereka.

Antara langkah yang mereka ambil ialah memberhentikan pekerja sebagai satu langkah mengurangkan kos operasi perniagaan mereka.Akibat dari situ,mereka sudah tiada punca pendapatan.Dah lah kena buang kerja,ekonomi teruk dengan nilai ringgit yang sangat rendah berbanding nilai mata wang asing.Banyak lagi akibatnya,tapi saya tak nak cerita panjang lah kan.Nanti orang akan 'claim' saya ni macam penulis politik. :)

Di tengah2 kesempitan ekonomi pasca ini,ramai yang merancang untuk mencari pendapatan sampingan.Seiring dengan perkembangan teknologi era ini,ideal yang paling bagus untuk menambah pendapatan ialah perniagaan atas talian (perniagaan internet) atau lebih sedap disebut bisnes online.




Perniagaan internet bukan lah satu perkara asing di Malaysia sebenarnya.Telah wujud dah lama juga lah.

Ramai yang dah memulakan perniagaan internet dan telah ramai yang menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet sahaja.

Ya,jutawan.Contoh,Irfan Khairi.Beliau merupakan jutawan hasil dari perniagaan internet.Beliau merupakan role model bagi peniaga online di Malaysia ini.Kalau pergi kursus / seminar kejayaan perniagaan internet,mesti nama beliau akan disebut-sebut.

Kenapa Mesti Perniagaan Internet ?

Saya bermula dunia online pada tahun 2007,pada masa itu saya bukan menjadi penjual pun.Saya menjadi pembeli.Saya mula berjinak2 membeli di Ebay pada masa itu.

Pada masa itu,ramai yang skeptikal tentang perniagaan internet.Ramai yang tak yakin,sehingga masa saya beritahu ingin membeli barang secara online,rakan2 bertanya,boleh sampai ke barang,tak takut kena tipu ke,sama tak barang yang akan sampai nanti.

Risau juga saya masa itu.Tetapi saya tetap ingin cuba.Kalau tak cuba sampai bila2 pun tak tahu kan.

Dipendekkan cerita,barang saya selamat sampai.Dan terbukti membeli secara online ini selamat JIKA mengikut panduan yang betul.

Bermula tahun 2009,saya berjinak2 dalam perniagaan internet sehingga lah sekarang.Dulu guna blog,mudah.my.Lepas itu,baru guna Facebook.



Kalau orang tanya saya apa kepentingan / keistimewaan & kenapa mesti perniagaan internet?


Jawapan saya memang penting JIKA anda nak grow dalam perniagaan.Kuasa internet ini amat luas.Pasaran & demand terhadap produk atau servis kita sangat tinggi jika berlandaskan kaedah yang betul.

Cuba bayangkan,contoh kedai kita di KL,tetapi pelanggan kita seluruh Malaysia.Dan yang paling best,seluruh dunia.Siapa lah yang tak nak perniagaan mereka terkenal dan mendapat demand tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perniagaan Internet satu pilihan yang tepat,kenapa?

  • Kos percuma untuk bina laman web (Blogspot)
  • Kurang risiko dari segi kos
  • Capaian pelanggan lebih luas
  • TRAFIK yang tak terbatas Suspek-->Prospek-->Pelanggan
  • Mudah diuruskan
  • TIADA sewa kedai fizikal (Boleh jimat ribuan ringgit)
  • Boleh target pelanggan bagaimana kita mahukan - Demografik
  • Senang dapat pelanggan
  • Boleh kembangkan bisnes sehingga ke peringkat antarabangsa

Apa Itu TRAFIK? Dimana Sumber TRAFIK Banyak & Targeted?

Bagi yang masih blur2,terhuyung hayang apa itu Trafik yang dimaksudkan,meh saya nak ceritakan.

Ia dalam bahasa mudah ialah bilangan pengunjung atau pelawat pada suatu website.

Cari website yang memiliki bilangan pelawat yang tinggi,disitu lah port baik untuk menjual.Sebab Trafik disitu tinggi.

So, untuk pastikan bisnes anda mendapat banyak respond, prospek, sales dan sebagainya. Anda mesti tahu kat mana nak dapatkan trafik yang banyak ataupun, website mana yang menerima trafik yang banyak.


Facebook merupakan sumber TRAFIK yang tinggi ? Facebook lubuk duit ?



Facebook bukan lah nama asing lagi di Malaysia bah kan ia sangat popular di seluruh dunia.Boleh dikatakan hampir semua orang ada memiliki akaun Facebook.Setuju?

Contoh,makcik2 pakcik2 di kampung saya pun ada Facebook.Apa yang mereka buat dengan Facebook itu,saya tak pasti lah kan. :)

FAKTA : Lebih 18 juta pengguna aktif Facebook di Malaysia

Sumber : Sinar Harian



Terkini 2017,lihat pada gambar diatas,pengguna aktif Facebook di Malaysia sudah melebihi 20 juta.Kebanyakan dari mereka ini berumur diantara 25-34 tahun.Golongan ini merupakan yang telah bekerja,mempunyai akaun bank sendiri dan seterusnya memiliki kuasa membeli yang kuat.Jadi,golongan ini lah yang kita mahu sasarkan.

Lihat lah betapa luasnya market di Malaysia dikalangan pengguna Facebook.Jika anda TEMBAK pada sasaran yang TEPAT,anda pasti akan beroleh $$$$$

So,macam mana nak tembak tepat tu? Follow blog ini,saya akan tulis kemudian.Reveal ilmu FREE sikit demi sikit. ;)

Betul ke Facebook sumber TRAFIK yang tinggi
?
Betul ke Facebook ni ramai orang masuk ?

Baik,saya akan tunjukkan apa website mat saleh ni cakap.Website Alexa ni akan tunjukkan TOP SITES di Malaysia.



Lihat,Facebook pun mengatasi mudah.my

So,sekarang kita dah tahu di mana lubuk duit.Dimana port lepak yang biasa orang pergi. Di situ lah kita akan tembak mereka2 ini.

So,jika anda mahu mempromosikan produk anda dan mendapat respond & juga sales,anda wajib iklankan produk anda di website-website yang TOP ini..

Kerana,TRAFIK yang tinggi.

Kalau tak,anda akan rugi dan pesaing anda akan 'Makan' anda.

Cadangan saya : Anda juga boleh gabungkan jualan anda di mudah.my . Mudah + Facebook = Lagi Mantop

Jika anda ada kedai,anda cuba jual di sana.Boleh letakkan alamat kedai anda,ini pun boleh membantu.Pelanggan yang berhampiran akan tahu kewujudan bisnes anda disitu.Mana2 pelanggan yang masih skeptikal tentang bisnes online,takut nak beli online.Mereka boleh walk-in ke kedai anda terus.

Baik,berbalik kepada Facebook tadi,dah tahu kan di mana port TRAFIK yang tinggi kan?

Tetapi bagaimana cara untuk memulakan bisnes di Facebook?

Bersambung,saya akan tulis lagi jika ada kesempatan masa.Doakan saya agar diberi kekuatan untuk terus menulis.

Sekian.Terima kasih.

Salam hormat :)






Sunday, September 10, 2017

Bagaimana Melakukan Pemasaran Facebook Secara Berkesan

PEMASARAN FACEBOOK SECARA BERKESAN


Anda tidak boleh mengabaikan kuasa Facebook (FB) hari ini. Ia adalah benar terutamanya untuk pemasar online yang ingin mendapat lebih banyak pendedahan kepada pelanggan-pelanggan sasaran mereka. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir orang sahaja yang dapat kejayaan sebenar daripada pemasaran di Facebook. Dalam artikel ini, anda akan tahu mengapa anda harus menggabungkan Facebook dalam strategi pemasaran anda, dan 4 tips memanfaatkan kuasa pemasaran Facebook. Selepas membaca artikel ini, anda akan dapat melakukan pemasaran Facebook anda dengan berkesan.




Kenapa anda harus menggabungkan Facebook dalam strategi pemasaran anda?

Terdapat dua sebab mengapa anda perlu memilih FB untuk mengiklankan perniagaan anda. Pertama, baru-baru ini kajian telah menunjukkan bahawa Facebook telah mencapai hampir 2 billion pengguna iaitu 1/4 daripada keseluruhan penduduk dunia. Dengan pelancaran program Iklan Facebook, ia memberi peluang yang menarik kepada pemasar untuk pengiklanan dalam gergasi media sosial ini.

Kedua, ciri yang paling penting dalam program iklan Facebook adalah, anda boleh memilih untuk memilih golongan pelanggan dengan sangat spesifik. Dalam erti kata lain, berbanding dengan hari-hari di mana anda meletakkan iklan anda kepada media massa dan "harapan" bahawa seseorang akan tertarik dengan iklan anda dan membeli produk anda, anda kini boleh memilih untuk memadankan produk anda kepada golongan yang sangat spesifik. Ia memberikan kuasa tumpuan untuk orang yang tepat dan mengelakkan pembaziran masa dan tenaga daripada kempen pengiklanan yang tidak menjana apa-apa hasil.





Sumber gambar : https://sproutsocial.com/








4 Tips dalam mendapatkan hasil daripada Pemasaran Facebook.

1. Buat halaman peminat fanpage untuk jenama perniagaan anda: Salah satu tindakan yang paling berkuasa di Facebook untuk memberi jenama kepada diri anda atau syarikat anda. Memandangkan bahawa terdapat sebilangan besar yang melayari FB setiap hari, anda boleh mencipta fanpage dan kongsi dengan kawan anda.

2. Menunjukkan kepakaran anda dengan cara interaktif dan membantu: Walaupun laman fanpage Facebook membenarkan pelanggan untuk berinteraksi dengan anda, anda tidak boleh menggunakan laman fanpage sebagai mesin jualan sahaja. Sebaliknya, anda perlu memberi sebanyak bantuan yang mungkin kepada "peminat" anda dan membina hubungan baik dengan mereka. Hubungan yang anda bina hari ini akan menjana muhibah dan jualan yang cukup untuk esok.

3. Letakkan video: jika anda mempunyai video syarikat atau perniagaan, anda perlu meletakkan video tersebut pada laman fanpage anda. Kadang-kadang video 30 saat bernilai lebih daripada satu rencana yang mengandungi 1000 perkataan. Dan orang sering melihat video sebagai lebih berharga daripada sebuah artikel.

4. Menyambungkan halaman fanpage anda ke laman web anda: laman fanpage Facebook adalah alat promosi, tetapi bukan laman web sebenar. Saya mencadangkan anda untuk mempunyai laman web anda sendiri untuk menyemarakkan lagi fanpage. Ia adalah kerana anda akan lebih dipercayai jika anda ada sebuah laman web daripada segala-galanya berasaskan di Facebook. Dan orang akan menjangkakan lebih daripada laman web anda berbanding fanpage anda.


Contoh Fanpage McDonald's

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan buat anda.Saya akan terus menulis lagi tentang pemasaran facebook dari masa ke semasa.

Pemasaran Facebook sememangnya saya gunakan sejak tahun 2011 lagi.Apa yang saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang saya ada.

Jika ada sebarang komen,kritikan atau apa saja,boleh tuliskan di ruang komen dibawah.

Sekian Terima Kasih.Salam Hormat :)




Tags : Facebook Marketing , Fb Ads

Sunday, September 3, 2017

5 Strategi Pemasaran Facebook Yang Anda Perlu Tahu



Sejak pelancaran Facebook pada tahun 2004, jumlah ahli telah berkembang pesat, Mark Zuckerberg, CEO Facebook, mengumumkan pada bulan Januari 2010 bahawa Facebook telah memperoleh 400 juta pengguna.

Semua orang di Facebook sekarang (namakan seseorang yang anda tahu tidak ada akaun Facebook). Orang ramai begitu meminati Facebook. Berdasarkan satu kajian baru-baru ini, lebih daripada 5 bilion minit dibelanjakan untuk Facebook setiap hari di seluruh dunia!

Jadi, sebagai pemasar, apakah maknanya hasil kajian ini kepada anda? Ini bermakna, anda boleh mendapat manfaat daripada fenomena dalam online terkini ini dan mempunyai perniagaan yang mencapai berjuta-juta potensi pelanggan di seluruh dunia!

Walau bagaimanapun, jika anda ingin ke platform rangkaian sosial dengan berkesan, untuk mengembangkan perniagaan anda, anda perlu melengkapkan diri anda dengan strategi pemasaran yang betul.


Dalam artikel ini, saya akan berkongsi 5 strategi pemasaran Facebook yang anda perlu tahu (jika anda mahu gunakan laman rangkaian sosial ini bagi mengembangkan perniagaan anda dengan berkesan).

1. Tetapkan target anda


Pastikan apa yang anda ingin capai daripada pemasaran Facebook adalah jelas, adakah anda ingin:



· Meningkatkan kesedaran terhadap jenama/ perniagaan anda?

· Menyediakan saluran lain buat pelanggan anda untuk mendekati perniagaan anda? (bagi perkhidmatan pelanggan)

· Membina mailing list kepada bakal pelanggan?

· Menjual produk/ perkhidmatan?



Anda perlu jelas tentang matlamat anda - kerja yang anda perlu lakukan untuk mencapai sesebuah matlamat (yang telah ditetapkan anda) adalah berbeza.



2. Berhubung dengan orang yang anda gemar



Jika anda baru sahaja mendaftar di Facebook, perkara pertama yang anda perlu lakukan, adalah untuk berhubung dengan orang-orang yang mempunyai minat yang sama dengan anda (atau orang-orang yang berminat dalam bidang anda).


Apa yang anda boleh lakukan dahulu adalah berinterkasi dengan pihak yang mempunyai kredibiliti dalam bidang anda.

Setelah itu, anda perlu ”add” beberapa orang yang sudah berhubung dengan mereka juga. Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan bahawa anda tidak cuba untuk menambah orang yang terlalu banyak dalam satu hari (jika tidak anda mungkin akan digelar sebagai spammer di Facebook!)



Sebagai alternatif, anda juga boleh menyertai Facebook fanpage atau group (yang berkaitan dengan bidang anda) dan berhubung dengan ahli di laman dan kumpulan ini.



3. Jadi aktif



Facebook adalah satu platform rangkaian sosial. Oleh itu, jika anda mahu mendapatkan hasil yang maksimum dari itu, anda perlu menjadi aktif.


Cara yang paling mudah untuk menjadi aktif di Facebook adalah dengan menghantar komen pada "kawan" (terutamanya jika mereka bertanya soalan mengenai bidang anda, membantu mereka dengan memberikan jawapan atau nasihat - mereka akan menghargainya), mengucapkan selamat hari jadi pada hari lahir mereka, dll.

Anda juga mahu melakukan perkongsian di Facebook - Di mana anda boleh berkongsi beberapa tips atau nasihat dalam niche(bidang) anda, produk / perkhidmatan yang anda fikrkan atau sesuatu yang peribadi (seperti apa yang anda lakukan sejak akhir-akhir ini).



4. Kongsi tip/nasihat



Jika anda ingin orang untuk mengenali anda sebagai seseorang yang mereka boleh dapatkan bantuan jika mempunyai masalah (dalam niche anda), maka anda perlu menunjukkan kepada mereka bahawa anda tahu barangan anda.



Apa yang anda boleh lakukan ialah sesekali hantar beberapa tips, nasihat, dan maklumat. Jika apa yang anda mahu kongsikan terdiri daripada beberapa perenggan, apa yang anda boleh lakukan ialah, anda boleh meletakkan seluruh kandungan dalam laman web anda, dalam perkongsian Facebook anda, anda boleh memberikan ringkasan bagi kandungan tersebut. Sediakan pautan ke laman web anda untuk memudahkan mereka yang mahu membaca seluruh kandungan - ini juga akan membolehkan anda untuk meningkatkan “traffic” ke laman web anda (jika perkongsian anda menarik, besar kemungkinan mereka akan membaca benda lain yang ada pada laman web anda).



Selain berkongsi maklumat anda, anda juga boleh berkongsi maklumat lain yang anda jumpa di dalam laman web yang lain (ini akan memberi manfaat kepada orang yang baru dalam akaun Facebook anda).



5. Mulakan Facebook group.


Anda boleh membuat kumpulan Facebook dan membina sebuah kumpulan yang mempunyai minat yang sama seperti yang anda (dalam niche yang anda berada).


Apa yang boleh dilakukan dalam komuniti adalah untuk menggalakkan ahli-ahli kumpulan anda untuk menyertai secara aktif dalam forum (tetapi sebelum anda memberitahu mereka, anda perlu pastikan anda mengambil bahagian secara aktif juga ) walaupun dengan perkongsian maklumat, tips, dan nasihat, atau membantu masalah ahli-ahlinya.


Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa anda perlu menubuhkan sebuah kumpulan Facebook - Sebabnya ialah, dengan kumpulan-kumpulan Facebook, anda mempunyai kuasa untuk menghantar e-mel kepada semua ahli anda - Sama seperti bagaimana anda menghantar e-mel kepada pelanggan dengan menggunakan perkhidmatan autoresponder.






Tags : Facebook Marketing , Pemasaran Facebook , Fb Ads