Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Saturday, December 1, 2018

Lebih 22 JUTA Dana Tabung Haji Diguna Untuk Politik?


Apa nak jadi ni,Susah2 Pakcik Makcik di kampung simpan duit kat Tabung Haji Demi untuk tunaikan Haji,rupa-rupanya Ahli Politik dengan sesuka hati gunakan Duit Tabung Haji Untuk Kepentingan POLITIK mereka... Ini ZALIM !!!

Yang lebih Malang,Mereka2 ini semuanya Beragama Islam..


SHAH ALAM - Lembaga Tabung Haji (TH) mendedahkan dana lebih RM22 juta digunakan untuk tujuan politik pada tahun lalu.

Difahamkan perkara ini timbul hasil siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik Julai 2018 terhadap transaksi lalu.



Dalam satu kenyataan, TH berkata pemegang amanah Program Yayasan Tabung Haji (YTH) ketika itu termasuk bekas Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail.

Sehubungan itu, TH telah membuat laporan polis hari ini.


"Laporan pertama melibatkan YTH 2017 di mana dana lebih RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.

"Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selain Azeez dan Ismee dua lagi individu turut bertindak sebagai pemegang amanah YTH iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Johan Abdullah; Ketua Pegawai Operasi, Datuk Adi Azuan dan Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar.

Menurut kenyataan itu, TH telah menyumbang RM7 juta kepada YTH yang ditubuhkan tahun 2016 untuk bantuan kemanusiaan dan golongan kurang berkemampuan serta miskin itu.

TH turut membuat laporan polis berhubung penjualan saham pada tahun 2012.

"Ini berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan salam TH sebanyak 95 peratus salam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikat, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta.

"Laporan dibuat ke atas Ismee, Penasihat Undang-undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah, Rifina Md Ariff," katanya






Tuesday, November 27, 2018

Anggota Bomba Parah Di Serang Perusuh Di Kuil Seafield


Sumber SarawakVoice | 

SELANGOR: Seorang anggota bomba patah tulang rusuk dan mengalami paru-paru berdarah selepas diserang perusuh di Kuil Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, yang bergegas ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi.





Kejadian ini berlaku pada hari kedua rusuhan di kuil berkenaan, yang dikatakan berpunca daripada urusan untuk memindahkan kuil.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun kini masih lemah dan dirawat di wad Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Subang Jaya.



Dari Admin : Semoga Mangsa, Muhammad Adib cepat sembuh & sentiasa berada di bawah lindunganNya.Amin.

Saturday, November 24, 2018

Pemimpin UMNO Tapah Nafi Ugut,Sekat SETPOL Menteri JPM Waytha



Setelah satu video yang tular di media sosial,Ahli Jawatan Kuasa Umno Bahagian Tapah menafikan dirinya mengugut dan mengancam SETPOL Menteri JPM Waytha.

Dia memberitahu tidak mengeluarkan kata2 ancaman terhadap SETPOL Waytha,P Muniandy.



Dalam kejadian tersebut,Ahli JawatanKuasa Bahagian tersebut iaitu Syed Afzarizal Syed Salim menegaskan beliau memberi kerjasama penuh terhadap pihak keselamatan & memberitahu motifnya bukan untuk membuat provokasi sebaliknya hanya bertujuan menyerahkan surat bantahan yang ditulis dari hati sanubari beliau sendiri.