Showing posts with label Info Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Info Perniagaan. Show all posts

Tuesday, July 17, 2018

Cara Paling Mudah Buka Daftar Akaun SHOPEE 2018 Tutorial Step By Step


Hari ini kita ada masa FREE sikit,So nak ajar lah kat korang macam mana nak buka akaun Shopee.

Senang jer,pastikan korang dah download & Install Apps Shopee terlebih dahulu yer..


Klik 'SIGN UP' 

Lagi Senang,Sign Up dengan No fon.

Tunggu Verification Code (Akan dihantar ke no fon),Masukkan Code,
dan Klik CONTINUE


Masukkan USERNAME pilihan korang,Password pun sekali,
lepas itu,Klik CONTINUE


Ok,dah BERJAYA !! Akaun Shopee Sudah berjaya didaftarkan.


Senang saja kan? Ok..Jangan Lupa Subscribe & Share Post ini supaya Ramai lagi yg dapat merasai pengalaman menarik ber shopping di Shopee :)


Untuk post/artikel berkaitan Shopee,boleh lihat pautan dibawah.


CARA MEMBUAT PEMBELIAN DI SHOPEE.TUTORIAL KLIK DISINI.







Wednesday, October 18, 2017

Belajar Fb Ads ( Bahagian Pertama )


Anda teringin nak buat iklan fb ads?

Nak buat tapi tak tahu cara?


Nak buat tapi takut tak jadi?


Bagi saya,jika anda buat ikut step & ada ilmu yg betul,insyallah boleh dpt Fb ads dgn kos yg Murah.


Nak tahu cara dpt kos fb ads murah,Jom follow step saya.


Pertama sekali,anda mesti lah memiliki sebuah Fb page atau Fb fanpage.

Login Fb profile anda dan pilih 'Create Page'


Kedua : 


Pilih Brand or Product & Choose a category - Biasa saya pilih Website (Kategori)

Product Name - Ialah nama page.

Tips : Pilih nama seperti Headline/tajuk anda buat iklan.
Contoh : Kurus dalam 7 hari,Cantik dalam 7 hari,Servis aircond terbaik di Ampang,Cara buat sales setiap jam.


Last,klik Get Started



Ketiga :

Isikan bahagian description,kemudian klik 'Save Info'


Ke 4 :

Upload gambar untuk page anda & kemudian klik 'Save Photo'

Ke 5 :

Bahagian ini kita boleh 'Skip'


Ke 6 :

Disini anda boleh set location,umur prospek,jantina prospek,interest (Minat/kecenderungan) prospek & bahasa prospek anda.


anda boleh set siapa yg anda nak like page yg anda buat itu nanti.


Itu lah kelebihan page.Menarik kan?


Paling penting di bahagian ini,pilih People who live in this location.



Ke 7 :

Set jantina prospek (Bakal pelanggan)


Interest yg berkaitan.Jika jual produk kereta,letak interest pasal kereta.Brand kereta,majalah kereta.


Jika jual penapis air coway,interest pilih kevin zahari & jenama coway itu sendiri.



Ke 8 :

Yes,page dah siap.Upload cover photo page,letak cover yg berkaitan apa yang kita jual.



Baiklah,kita dah selesai bahagian pertama.Pada bahagian kedua,saya akan tunjukkan bagaimana mahu menulis ayat jualan yang betul dan berkesan untuk iklan Fb Ads.

Ayat jualan yang baik serta berformat secara faktanya mampu meningkatkan sales untuk perniagaan kita.

Nantikan untuk bahagian kedua ya .. Terima kasih dan Salam hormat.





Friday, September 22, 2017

Buat Duit Mudah Di Ebay 2018


Ramai yang tertanya-tanya,bagaimana nak buat duit mudah melalui ebay.Jawapan nya mudah.Beli di ebay kemudian jual balik (markup price) di platform selain ebay.Contoh paling mudah,jual di mudah.my ,lelong,shopee ,personal website,blog dan sebagainya.

Bisnes Tanpa Modal / Modal Paling Minimum

Ataupun,anda boleh buat pre-order dengan minta deposit dahulu pada pelanggan anda jika mereka ingin membeli sesuatu di luar negara.Mulakan dengan promot pada adik beradik,kawan2 ofis yang anda boleh tolong dapatkan barang import untuk mereka.Ambil untung untuk permulaan RM50 pun sudah ok.Itu baru seorang,kalau 2-3 orang.Dah berapa.Tolong beli sje kot. :)

Ramai lagi diluar sana yang masih lagi tidak tahu cara beli di ebay,skeptikal tentang ebay dan paling teruk,tak tahu langsung ebay itu apa.Haha.Jadi,anda boleh jadi orang tengah pada mereka2 yang saya sebut tadi.Bantu mereka dapatkan barang import yang mereka mahukan.Kenakan sedikit caj,dulu saya pun buat mcm itu :) . Bisnes tanpa modal.Sediakan servis tolong beli saja.




Sudah Ada Akaun eBay?Jika Belum,Boleh Lihat Tutorial Cara Daftar Akaun eBay Disini.

Cara Mudah Beli Di Ebay

Hari ini,saya berkesempatan untuk menulis tentang cara-cara paling simple,mudah beli di ebay.Serius,ia sangat lah mudah.Jom follow .


Contoh Oakley spek ini,harga USD87.29 Free Postage Worldwide,Convert duit Malaysia lebih kurang RM367 ,senang kira RM370.Market seller online di Malaysia untuk model Oakley ini antara RM480-RM550.Jika di butik Oakley di Malaysia,tak payah cakap lah,lagi mahal.Mungkin harga mencecah RM900.

Jika anda tiada MODAL,mulakan menjual secara pre-order kepada adik beradik atau kenalan rapat.Contoh anda mahu jual spek ini dengan harga RM480,anda minta lah deposit RM350 ke,RM400 ke.Dah sampai barang,baru pelanggan bayar full.tak gitu?Ikut kretiviti korang lah nak buat mcm mana pun.Saya hanya mencadang.

Step 1 : Klik "Buy It Now"


Step 2 : Pada step kedua ini,anda dikehendaki untuk check atau memasukkan alamat penghantaran.Kalau ada nak tambah alamat baru,tekan saja anak panah 'bawah' pada ruang "Ship to"

Pada ruang "Pay with" ,anda pilih PayPal.Lepas saja anda tick pada PayPal,akan keluar Pop-up yang mengkehendaki anda login kedalm akaun PayPal anda.

Lepas saja anda berjaya login kedalam akaun PayPal anda,ruangan "Confirm and pay" akan jadi warna biru.Check dulu semua maklumat seperti nama dan alamat sebelum klik "Confirm and pay".

Jika anda berasa semua maklumat betul,kemudian baru lah klik "Confirm and pay"

Dan,selesai....






Jika dah selesai dan berjaya buat bayaran,anda akan dibawa ke ruang lebih kurang begini.

Senang bukan? Saya harap dengan perkongsian yang tak seberapa ini dapat memberi sedikit informasi buat anda.

Jika ada sebarang kemusykilan,anda dialukan untuk tulis diruang komen dibawah.

Sekian terima kasih dan salam hormat :)


Tags : Cara mudah beli di ebay 




Monday, September 11, 2017

Bagaimana Cara Memulakan Perniagaan Internet Di Zaman Gawat


Tahun 2015 sehingga sekarang boleh dianggap tahun yang sangat mencabar.Kita menyaksikan ekonomi negara jatuh merudum.Antara yang paling ketara yang kita boleh lihat ialah kesan pelaksanaan cukai GST 6%.Kesan dari itu,banyak perniagaan yang gulung tikar kerana kuasa membeli berkurangan.Bila sudah perniagaan gulung tikar atau pun mengalami kerugian,sudah tentu pemilik/pengusaha akan cuba mencari jalan keluar bagi menangani masalah yang di hadapi mereka.

Antara langkah yang mereka ambil ialah memberhentikan pekerja sebagai satu langkah mengurangkan kos operasi perniagaan mereka.Akibat dari situ,mereka sudah tiada punca pendapatan.Dah lah kena buang kerja,ekonomi teruk dengan nilai ringgit yang sangat rendah berbanding nilai mata wang asing.Banyak lagi akibatnya,tapi saya tak nak cerita panjang lah kan.Nanti orang akan 'claim' saya ni macam penulis politik. :)

Di tengah2 kesempitan ekonomi pasca ini,ramai yang merancang untuk mencari pendapatan sampingan.Seiring dengan perkembangan teknologi era ini,ideal yang paling bagus untuk menambah pendapatan ialah perniagaan atas talian (perniagaan internet) atau lebih sedap disebut bisnes online.




Perniagaan internet bukan lah satu perkara asing di Malaysia sebenarnya.Telah wujud dah lama juga lah.

Ramai yang dah memulakan perniagaan internet dan telah ramai yang menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet sahaja.

Ya,jutawan.Contoh,Irfan Khairi.Beliau merupakan jutawan hasil dari perniagaan internet.Beliau merupakan role model bagi peniaga online di Malaysia ini.Kalau pergi kursus / seminar kejayaan perniagaan internet,mesti nama beliau akan disebut-sebut.

Kenapa Mesti Perniagaan Internet ?

Saya bermula dunia online pada tahun 2007,pada masa itu saya bukan menjadi penjual pun.Saya menjadi pembeli.Saya mula berjinak2 membeli di Ebay pada masa itu.

Pada masa itu,ramai yang skeptikal tentang perniagaan internet.Ramai yang tak yakin,sehingga masa saya beritahu ingin membeli barang secara online,rakan2 bertanya,boleh sampai ke barang,tak takut kena tipu ke,sama tak barang yang akan sampai nanti.

Risau juga saya masa itu.Tetapi saya tetap ingin cuba.Kalau tak cuba sampai bila2 pun tak tahu kan.

Dipendekkan cerita,barang saya selamat sampai.Dan terbukti membeli secara online ini selamat JIKA mengikut panduan yang betul.

Bermula tahun 2009,saya berjinak2 dalam perniagaan internet sehingga lah sekarang.Dulu guna blog,mudah.my.Lepas itu,baru guna Facebook.



Kalau orang tanya saya apa kepentingan / keistimewaan & kenapa mesti perniagaan internet?


Jawapan saya memang penting JIKA anda nak grow dalam perniagaan.Kuasa internet ini amat luas.Pasaran & demand terhadap produk atau servis kita sangat tinggi jika berlandaskan kaedah yang betul.

Cuba bayangkan,contoh kedai kita di KL,tetapi pelanggan kita seluruh Malaysia.Dan yang paling best,seluruh dunia.Siapa lah yang tak nak perniagaan mereka terkenal dan mendapat demand tinggi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perniagaan Internet satu pilihan yang tepat,kenapa?

  • Kos percuma untuk bina laman web (Blogspot)
  • Kurang risiko dari segi kos
  • Capaian pelanggan lebih luas
  • TRAFIK yang tak terbatas Suspek-->Prospek-->Pelanggan
  • Mudah diuruskan
  • TIADA sewa kedai fizikal (Boleh jimat ribuan ringgit)
  • Boleh target pelanggan bagaimana kita mahukan - Demografik
  • Senang dapat pelanggan
  • Boleh kembangkan bisnes sehingga ke peringkat antarabangsa

Apa Itu TRAFIK? Dimana Sumber TRAFIK Banyak & Targeted?

Bagi yang masih blur2,terhuyung hayang apa itu Trafik yang dimaksudkan,meh saya nak ceritakan.

Ia dalam bahasa mudah ialah bilangan pengunjung atau pelawat pada suatu website.

Cari website yang memiliki bilangan pelawat yang tinggi,disitu lah port baik untuk menjual.Sebab Trafik disitu tinggi.

So, untuk pastikan bisnes anda mendapat banyak respond, prospek, sales dan sebagainya. Anda mesti tahu kat mana nak dapatkan trafik yang banyak ataupun, website mana yang menerima trafik yang banyak.


Facebook merupakan sumber TRAFIK yang tinggi ? Facebook lubuk duit ?



Facebook bukan lah nama asing lagi di Malaysia bah kan ia sangat popular di seluruh dunia.Boleh dikatakan hampir semua orang ada memiliki akaun Facebook.Setuju?

Contoh,makcik2 pakcik2 di kampung saya pun ada Facebook.Apa yang mereka buat dengan Facebook itu,saya tak pasti lah kan. :)

FAKTA : Lebih 18 juta pengguna aktif Facebook di Malaysia

Sumber : Sinar Harian



Terkini 2017,lihat pada gambar diatas,pengguna aktif Facebook di Malaysia sudah melebihi 20 juta.Kebanyakan dari mereka ini berumur diantara 25-34 tahun.Golongan ini merupakan yang telah bekerja,mempunyai akaun bank sendiri dan seterusnya memiliki kuasa membeli yang kuat.Jadi,golongan ini lah yang kita mahu sasarkan.

Lihat lah betapa luasnya market di Malaysia dikalangan pengguna Facebook.Jika anda TEMBAK pada sasaran yang TEPAT,anda pasti akan beroleh $$$$$

So,macam mana nak tembak tepat tu? Follow blog ini,saya akan tulis kemudian.Reveal ilmu FREE sikit demi sikit. ;)

Betul ke Facebook sumber TRAFIK yang tinggi
?
Betul ke Facebook ni ramai orang masuk ?

Baik,saya akan tunjukkan apa website mat saleh ni cakap.Website Alexa ni akan tunjukkan TOP SITES di Malaysia.



Lihat,Facebook pun mengatasi mudah.my

So,sekarang kita dah tahu di mana lubuk duit.Dimana port lepak yang biasa orang pergi. Di situ lah kita akan tembak mereka2 ini.

So,jika anda mahu mempromosikan produk anda dan mendapat respond & juga sales,anda wajib iklankan produk anda di website-website yang TOP ini..

Kerana,TRAFIK yang tinggi.

Kalau tak,anda akan rugi dan pesaing anda akan 'Makan' anda.

Cadangan saya : Anda juga boleh gabungkan jualan anda di mudah.my . Mudah + Facebook = Lagi Mantop

Jika anda ada kedai,anda cuba jual di sana.Boleh letakkan alamat kedai anda,ini pun boleh membantu.Pelanggan yang berhampiran akan tahu kewujudan bisnes anda disitu.Mana2 pelanggan yang masih skeptikal tentang bisnes online,takut nak beli online.Mereka boleh walk-in ke kedai anda terus.

Baik,berbalik kepada Facebook tadi,dah tahu kan di mana port TRAFIK yang tinggi kan?

Tetapi bagaimana cara untuk memulakan bisnes di Facebook?

Bersambung,saya akan tulis lagi jika ada kesempatan masa.Doakan saya agar diberi kekuatan untuk terus menulis.

Sekian.Terima kasih.

Salam hormat :)






Thursday, August 24, 2017

Cara Paling Mudah Buka Akaun Ebay 2018

Rata-rata di luar Negara,kalau bercerita tentang tempat shopping online yang best,mesti akan keluar tentang eBay.Ia agak berbeza di Malaysia,majoriti Rakyat Malaysia lebih tahu tentang Zalora,Lazada,Mudah,lelong sebagai Port shopping online mereka.

Ada juga kenalan saya yang tak yakin shopping di Ebay.Kerana bagi mereka,Ebay ini dari luar negara.Isu yang bermain di dalam kepala otak mereka ialah,betul ke barang yang dibeli akan sampai?Mereka takut,cuak duit mereka hangus macam itu saja.

Ebay juga ada khas untuk local Malaysia,iaitu ebay.com.my . Rata-rata memang seller dari Malaysia.Ada juga yang menawarkan Cash On Delivery lagi.

Saya mula membeli dari eBay sejak 2007 sampai lah sekarang.Tiada apa-apa masalah kerana ebay ada menawarkan polisi jaminan pembeli.Jika barang tidak sampai,kita boleh file kan kes kepada pihak Ebay,& Ebay akan memulangkan kesemua wang kita semula.

Pada pendapat saya lah kan,Ebay ini agak kurang adil kerana ia lebih mementingkan atau menjamin pembeli saja berbanding Ebay seller.Sebab saya pun pernah menjual dulu di Ebay,dan pernah ada claim saya pos barang yang berbeza dari yang di iklankan.Bukan cakap nak untung,rugi lagi ada lah.Pembeli menipu penjual,biasa yang kita dengar penjual tipu pembeli.

Pelbagai barang yang terjual di Ebay,dari sekecil-kecil barang sehingga lah sebesar-besar barang. :)

Hari ini,saya ingin berkongsi dengan anda semua cara mudah untuk buka akaun Ebay edisi tahun 2017.

Step 1 : Pergi ke website Ebay https://www.ebay.com/

Step 2 : Rujuk gambar dibawah
























Step 3 : Rujuk gambar dibawah






















Pilih 'Personal account' & isikan maklumat email,password,nama & no phone.

Kemudian,tekan butang 'Register'


Step 4 : Rujuk gambar dibawah


















Selepas tekan butang 'Register' akaun Ebay anda telah berjaya.

Kemudian,klik 'My eBay'


Step 5 : Rujuk gambar dibawah





















Selepas klik 'My eBay' ,anda akan dibawa ke paparan seperti diatas.

Kemudian,klik 'Account'


Step 6 : Rujuk gambar dibawah


















Klik 'Link My PayPal Account' 

P/S : Step ini penting,sila ambil perhatian.kerana dengan PayPal ini akan melancarkan lagi pembelian anda di Ebay.



Step 7 : Rujuk gambar dibawah

























Masukkan alamat anda.Lepas itu,klik 'Continue'



Step 8 : Rujuk gambar dibawah



















Login ke dalam Akaun PayPal anda.

Pastikan anda sudah mendaftar akaun PayPal.Jika belum,boleh ikut panduan disini.



Step 9 : Rujuk gambar dibawah















Klik 'Return to eBay'



Step 10 : Rujuk gambar dibawah



















Tahniah,kita sudah berjaya link kan akaun PayPal dengan eBay.


Diharap dengan perkongsian ini,akan memberi input berguna buat anda semua.

Dipersilakan share.Salam hormat.


Tags : Cara buat akaun ebay,how to register an eBay account,how to, cara untuk